Translate

Wednesday, August 21, 2013

RAWATAN BEKAM DI CHERAS,KAJANG,BALAKONG,SERDANG,BANGI DAN KUALA LUMPUR

 
RAWATAN BEKAM TERMURAH 
 
RM 5 SATU CAWAN RAWATAN
 
Pusat Rawatan kami menawarkan perkhidmatan BEKAM dengan kos paling murah dan pastinya tidak membebankan sesiapa yang memerlukan rawatan pihak kami.
Kos RM5.00 untuk setiap cawan bekam sebagai caj perkhidmatan dan masa perawat-perawat kami.Kebiasaannya kami akan mengesyorkan titik-titik Sunnah untuk di bekam,sekiranya pesakit tidak mampu,bolehlah berbincang dengan perawat-perawat kami yang sentiasa bersikap terbuka untuk merawat.

Kami juga menawarkan rawatan BEKAM dari rumah ke rumah untuk kawasan yang berdekatan dengan pusat rawatan.Untuk kawasan yang berjauhan dengan Pusat Rawatan,caj minyak kereta dan Tol akan dikenakan mengikut jarak tempat tersebut.
 
jangan takut untuk mengamalkan sunnah Rasullah,pasti ada hikmah disebalik rawatan itu. 


PENYAKIT-PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH BEKAM

JENIS-JENIS PENYAKIT YANG BOLEH DI BEKAM
Berikut ialah beberapa jenis penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah berbekam, InsyaAllah:-

1 Kegemukan (Obesiti)
2 Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
3 Sciatica (Sakit Pinggang)
4 Sakit Perut
5 Sembelit
6 Gangguan Jantung & Lambung
7 Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru
8 Alergi Makanan
9 Sengal Tulang
10 Sesak Nafas
11 Asma
12 Insomnia (Susah Tidur)
13 Cirit Birit
14 Kejang Otot
15 Kencing Manis
16 Gangguan Pundi Empedu dan Hati
17 Menggigil Tanpa Demam
18 Kencing Malam
19 Tonsil
20 Gatal-Gatal (Harsh)
21 Radang Usus Besar
22 Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
23 Gangguan Pundi Empedu
24 Pusingan Haid Tidak Teratur
25 Ginjal
26 Tekanan Darah Tinggi
27 Sakit-sakit Lutut
28 Sakit-sakit Di Kaki
29 Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
30 Gangguan Jiwa
31 Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
32 Encok (Gout)
33 Rematoid
34 Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
35 Menurunnya Daya Tahan Tubuh
36 Sinus
37 Sakit Di Daerah Perut
38 Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
39 Buasir
40 Penyakit Jantung
41 Mandul
42 Terlalu Banyak Tidur
43 Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
44 Memperbaiki Peredaran Darah
45 Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
46 Sakit Punggung
47 Sakit Bahu dan Tengkuk
48 Sakit Bahu
49 Badan Kurus
50 Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
51 Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
52 Jangkitan Kuman
53 Melancarkan Perjalanan Darah
54 Menurunnya Aliran Darah
55 Tingkatkan Daya Ingatan
56 Tingkatkan Konsentrasi
57 Fistula Ani
58 Sakit Pinggang
59 Sakit Punggung
60 Gangguan Pundi Kemih
61 Kaki Kesemutan
62 Tangan Kesemutan
63 Salah Urat
64 Lumpuh Menyeluruh
65 Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
66 Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
67 Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
68 Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
69 Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
70 Dingin Di Telapak Kaki
71 Nervous (Tegang / Gelisah)
72 Tumor Otak
73 Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
74 Lutut yang Kaku
75 Gangguan Pankreas
76 Kejang-kejang
77 Tidak Boleh Bercakap
78 Penyakit Mata
79 Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
80 Berhenti Haid
81 Pembekakan Testis
82 Tekanan Darah Rendah
83 Berbagai Penyakit Rahim
84 Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
85 Keluarnya Cairan Vagina
86 Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
87 Untuk Meningkatkan Prodcuktiviti Indung Telur (Kesuburan)
88 Pusing Kerana Mata Lelah
89 Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru
90 Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
91 Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
92 Pening Kerana Anemia
93 Pening Kerana Influenza

Monday, March 4, 2013

SUNNAH BERBEKAM


MENGAPA PERLU BERBEKAM?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya." Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

1) Bilik bekam yang bersuhu panas lebih baik dari bilik bekam yang bersuhu sejuk kerana pengeluaran darah kotor bekam adalah maksimum.

2) Teknik urutan pada titik yang ingin dibekam juga mampu melancarkan pengeluaran darah kotor bekam.

3) Waktu berbekam ketika pertengahan bulan islam/bulan mengambang penuh amat baik kerana darah kotor membuak naik dipermukaan kulit,secara tak langsung banyak darah kotor dikeluarkan semasa proses berbekam.

4) Berbekam ketika perut sedang kosong adalah lebih baik kerana darah toksid yang keluar agak banyak kerana darah kotor tersebut mewakili keseluruhan toksid badan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A

Hubungi Kami di :

www.puridi.blogspot.com

019-2177880 (lelaki)
019-2817880 (Wanita)

Thursday, August 2, 2012

Selamat dan bantulah umat islam Syria




بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين، أما بعد:
Krisis di Syria: Hubungannya dengan dunia Islam

Oleh: Syeikh Samir al-Saqqa al-Dimasyqi

1.      Yahudi berjaya menyebarkan pengaruh dan cengkamannya ke dalam dunia arab dan Islam setelah keruntuhan Khilafah Uthmaniah. Jesteru, dalam menjamin keamanan dan kepentingan mereka, mereka secara halus menaikkan pemimpin-pemimpin pro yahudi sama ada daripada kalangan orang muslim seperti Husni Mubarak di Mesir, atau daripada kalangan munafiq yang berpura-pura Islam seperti Hafiz Asad di Syria. Rejim Asad ini menguasai Syria pada tahun 1971 bertujuan untuk memerang Islam dan penganutnya. Ia juga berusaha menghentikan fikrah jihad dan pembebasan Palastin bahkan berusaha mengubah silibus-silibus pengajian agar generasi baru dapat menerima kependudukan Israil dan melupakan tentang Jihad dan khilafah Islamiah. Rejim ini memulakan dengan menghalang ibadat solat di pejabat-pejabat kerajaan dan kem-kem tentera, menguasai semua harta kekayaan negara dan menjadikan rakyat fakir miskin agar rakyat sentiasa memikirkan tentang mencari sesuap nasi setiap hari.

2.      Sampai bilakah? Sampai bilakah penindasan dan kekejaman ini perlu berlarutan? Rakyat Syria lantas bangkit menuntut keadilan. Namun Rejim Asad yang memiliki senjata dan kelengkapan tidak mendengar rintihan bahkan membunuh dan membinasakan apa sahaja yang tidak tunduk kepadanya sehingga berlaku pembunuhan beramai-beramai di Hama melibatkan 60000 penduduk terkorban, satu pertiga bandar dihancurkan, 100 masjid dirobohkan, dan lebih setengah juta penduduk yang lain menjadi pelarian. Ulama ditangkap, dihalau atau dibunuh dengan kejam.

3.      Oleh kerana Rejim Asad ditugaskan menjaga kepentingan Israil di Palestin daripada tentera Mujahidin yang berusaha membebaskan Palastin, maka Rejim Asad mendapat segala bantuan kewangan dan ketenteraan daripada Yahudi dan sekutu-kutunya. Setelah kematian Hafiz Asad (setelah 30 tahun dengan pemerintahan kuku besinya), menteri luar Amerika Madeleine Albright mengeluarkan kenyataan bahawa: “Kita telah bersetuju dengan semua sekutu-sekutu kita bahawa rejim Asad adalah pelindung terbaik bagi Israil dan kita akan mengekalkan pemerintahannya, dan anaknya dipilih sebagai penggantinya”.

4.      Kezaliman rejim Asad ke atas umat islam, ulama dan pelajar agama berterusan dengan pelbagai bentuk. Di kala itu, berlaku kebangkitan di Tunisia dan negara-negara Islam yang lain. Semua kebangkitan tersebut tidak mendorong kebangkitan di Syria sehinggalah Rejim Asad menzalimi kanak-kanak yang menulis di dinding-dinding sekolah: “Rakyat ingin menjatuhkan kerajaan”. Kanak-kanak tersebut dizalimi dan disiksa dan sebahagiannya dibunuh. Rejim asad berkata: “Jika kamu mahu pengganti anak-anak kamu yang telah dibunuh ini, maka hantarkan anak-anak dara kamu agar kami setubuhi”. Bermula dengan titik tolak inilah, maka rakyat Syria bangkit secara aman meminta keadilan. Mereka keluar melaungkan lafaz Allahu Akbar dan berkata: “Sama ada kemenangan daripada Allah atau mati syahid”.  Namun semua demonstrai aman dibalas dengan peluru hidup, kereta kebal dan sebagainya. Demonstrasi aman bermula semenjak setahun setengah dan masih berterusan sehingga ke hari ini. Penduduk Syria bersumpah akan memerdekakan tanah air mereka sekalipun mereka semua gugur syahid. Alangkah manisnya kematian sebagai syahid di jalan Allah.

5.      Bumi Syria hari ini ditimpa kehancuran!! Semua bandar penempatan Ahli Sunnah dibom terutamanya masjid-masjid. Al-Quran dibakar dan dihina. Slogan-slogan kafir ditulis di dinding-dinding masjid menyeru kepada menyembah Basysyar Asad. Kanak-kanak dibunuh dengan pisau, wanita-wanita dicabuli kehormatannya. Angka kematian rasmi ialah seramai 22000 orang. Namun angka sebenar lebih ramai daripada itu. Seramai lebih 70000 orang dilaporkan hilang. Besar kemungkinan mereka juga mati syahid terkorban. Seramai setengah juta rakyatnya ditahan. Setengah juta yang lain melarikan diri ke khemah-khemah pelarian di negara-negara jiran. Bilangan yang keluar ke negara-negara lain ke rumah saudara mara juga melibatkan ramai orang. Ketahuilah pembunuhan beramai-ramai yang pernah dilakukan oleh Israel sehinggakan seluruh dunia bangkit hanyalah seramai 300 orang. Bilangan yang jauh lebih kecil daripada apa yang berlaku di Syria sekarang. Timbul tanda tanya mengapakah Iran, Hizbullah, Syiah daripada Iraq dan Rusia bersungguh-sungguh menyokong Rejim Asad dan memberikan bantuan tenaga tentera, kewangan dan senjata??? Ini kerana rejim Asad bertanggungjawab memelihara kependudukan Israil di Palastin walaupun terpaksa membunuh semua Ahli Sunnah Syria....

6.      Oleh sebab ini, ketahuilah saudara-saudaraku bahawa peperangan di Syria pada hari ini ialah peperangan menghapuskan Islam dan Muslimin yang menjadi musuh utama kepada kewujudan Israil di timur tengah. Ini kerana israil mengetahui dengan yakin bahawa umat Islam di Syria akan membebaskan Palastin jika berjaya menggulingkan Rejim Asad yang selama ini menindas mereka.

7.      Ulama Islam seperti Syeikh Yusuf al-Qardawi dan Syeikh Ali Sabuni memfatwakan kewajipan berjihad di Syria kerana peperangan ini ialah peperangan ke atas seluruh umat Islam. Ini kerana semua pembunuhan di Syria ialah semata-mata untuk menjaga penjajahan Israil di Palastine. Bahkan Syeikh Raid Salah daripada Palastin memohon daripada umat Islam seluruh dunia agar memberikan sumbangan kepada rakyat Syria kerana rakyat Palastine menyedari bahawa pembebasan Palastin tidak akan tercapai melainkan jika Syria berjaya dibebaskan daripada cengkaman Rejim Asad ini. Syeikh Ismail Haniah juga telah menyatakan perkara yang sama. Hakikat ini ialah kerana Syria dan sekitarnya ialah negara yang diberkati Allah, yang akan terzahir daripadanya Imam Mahdi, akan turun Nabi Isa, bahkan Nabi Muhammad mewasiatkan sahabatnya agar bermusafir dan menetap di Syam kerana di situlah akan berkumpulnya tentera yang akan membebaskan Masjid al-Aqsa dan menghapuskan musuh Allah. Nabi Muhammad telah mengiktiraf bahawa mereka ialah sebaik-baik tentera Allah.

8.      Wahai umat Islam, ketahuilah bahawa apabila kamu menyumbang kepada rakyat Syria, sumbangan ini pada hakikatnya bukan semata-mata untuk Syria, bahkan ianya ialah sumbangan kepada umat Islam seluruhnya, sumbangan memperjuangkan agama Allah, sumbangan untuk membebaskan Palastin, sumbangan untuk menghancurkan musuh-musuh agama yang bersekongkol menghancurkan Islam di bumi Syria.. Moga-moga ianya menjadi permulaan bagi peperangan yang akan menghancurkan Rejim Zionis Insya Allah. Janganlah kita lupa bahawa jihad sebagai mana yang telah difatwakan oleh ulama dihukumkan wajib atas setiap muslim. Tetapi ketidakmampuan kita menyertai mereka kena jarak yang jauh dan sekatan yang lain tidak sepatutnya menghalang kita daripada menyumbang, kerana jihad disyariatkan dalam berbagai bentuk, jihad dengan harta, jihad dengan lisan dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan. Nabi bersabda: “Sesiapa yang menyediakan kelengkapan bagi seseorang untuk berperang di jalan Allah maka dia dihukumkan telah pergi berperang dengan dirinya sendiri”. Umat Islam di Syria tidak memerlukan melainkan bantuan kewangan dan doa untuk mereka meneruskan perjuangan mereka.

9.      Wahai umat Islam, ketahuilah bahawa seluruh umat Islam samada di Rusia, China, ahli Sunnah di Iran yang ditindas, di Iraq, di Lubnan, di Indonesia, Burma, Filipina, Kemboja dan termasuklah di Palastin… seluruh umat Islam ini tidak akan dapat merasai kebebasan, kemenangan dan keadilan melainkan apabila bumi Syam berjaya dikuasai oleh Ahli Sunnah, kerana daripada bumi Syam akan terbit semula Khilafah Islamiyyah untuk menyatukan orang Islam. Wahai saudaraku yang mulia, waktu telah sampai untuk kita bersatu membantu Agama Allah. Sesungguhnya manusia telah mencuba semua qanun buatan manusia, namun mereka gagal mencari keadilan dan kemuliaan melainkan di bawah Khilafah Islamiyyah. Orang Kristian yang berada di bawah pemerintahan Salahuddin al-Ayubi menolak pemerintah Kristian bahkan ingin kekal di bawah pemerintahan Islam, bahkan bersama-sama dengan tentera Islam membebaskan Palastin. Maka inilah peluang kita untuk menghentikan kezaliman dan kekufuran dengan membantu umat Islam di Syam. Ini ialah isu umat Islam yang paling penting kerana ianya berkait rapat dengan pembebasan bumi Palastin sebagaimana yang telah diakui oleh ulama Palastin sendiri iaitu Syeikh Ismail Haniah dan Syeikh Raid Salah sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

10.  Saya akhiri dengan firman Allah taala: “Berjihadlah kamu dengan harta dan diri kamu”. Renungkanlah bagaimana Allah mendahulukan jihad dengan harta sebelum diri, ini tidak lain melainkan kerana harta ialah paksi utama dalam menyediakan kelengkapan ketenteraan. Renungkan jugalah firman Allah taala: “Mereka inilah yang diseru untuk menginfaqkan harta di jalan Allah, setengah daripada mereka berasa bakhil, sesiapa yang bakhil maka dia sebenarnya bakhil ke atas dirinya sendiri, Allah maha kaya dan kamu amat fakir”… lihatlah bagaimana Allah menutup ayat ini dengan ancaman yang menakutkan iaitu… “Sekiranya kamu berpaling nescaya kami akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak akan berkelakuan seperti kamu” Mafhum ayat ini ialah apabila kamu diseru untuk menginfaqkan harta membantu agamaNya tetapi kamu tidak mempedulikannya.. ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah akan menghancurkan kamu dan mendatangkan kaum muslim yang mukmin yang apabila diseru untuk membelanjakan hartanya di jalan Allah mereka akan serta merta membelanjakannya. Ketahuilah bahawa membelanjakan harta di jalan Allah ialah tanda keimanan seseorang. Moga-moga Allah memberikan taufiq kepada kita semua untuk membantu agamaNya dalam apa cara sekalipun dengan harta, lidah dan doa.. moga-moga Allah memberkati kita semua di bulan yang diberkati ini. Bulan yang akan menzahirkan dermawan-dermawan yang beriman. Bulan yang mereka berlumba-lumba membelanjakan harta di jalan Allah subhanu wa taala.


Dana boleh disalurkan kepada Tabung Mangsa Kezaliman Syria:
            Bank:                          CIMB
            Nama Akaun:            Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
            No Akaun:                 12710006188528

Mohon agar dapat diemailkan salinan bank ke: admin@persidam.org  (Tel: 019-2663795 Ust Aleh Solihin Ahmad Sidiki)
Setinggi-tinggi terima kasih kepada muslimin dan muslimat. Moga Allah memberkati dan memurahkan rezki kita semua sepanjang bulan yang mulia ini. Harap dapat dipanjangkan email ini kepada sahabat-sahabat kita. Moga Allah menjadikannya sebagai amalan kita dalam usaha membantu saudara kita di Syria.

Tuesday, November 15, 2011

Kaedah Fiqhiyyah

KAEDAH Fiqh (قاعدة الفقه) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha (الأمور بمقاصدها) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab (عمر الخطاب): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Niat menjadi asas utama penerimaan sesuatu amalan itu sama ada diterima atau ditolak oleh Allah. Sekiranya sesuatu amalan itu dilakukan secara betul dari segi kaifiat namun salah dari segi niatnya, maka ia tidak diterima oleh Allah.

Sekiranya sesuatu amalan itu betul dari segi niatnya, tetapi salah dari segi kaifiatnya, ia juga menjadi sia-sia di sisi Allah.

Justeru, kita perlu memastikan amalan yang kita lakukan menjadi amalan yang terbaik dan diterima oleh Allah (ahsanu ‘amala - أحسن عملا) dengan cara menjaga dua aspek iaitu memastikan niat ikhlas kerana Allah (akhlasuhu) dan memastikan amalan yang dilakukan benar mengikut Nabi (aswabuhu).

Ibnu Taimiyyah (ابن تيمية) berkata: “Sesungguhnya niat dan keyakinan sentiasa diperhitungkan dalam setiap perbuatan dan tradisi. Sebagaimana kedua-duanya sentiasa diperhitungkan dalam setiap amal ibadah.

“Niatlah yang menjadikan suatu perkara halal atau haram, sah atau rosak/ batal, atau sah dari satu sisi dan batal dari sisi lain. Sebagaimana niat dalam amalan ibadah menjadikannya wajib, atau sunah atau haram atau sah atau rosak/batal.” (rujuk Al-Fatawa Al-Kubra 6/54)

Niat juga membezakan antara halal dan haram serta dosa dan pahala.

Seseorang yang mengambil harta yang dijumpai (luqatah) mendapat dosa sekiranya dia mempunyai niat untuk memilikinya. Sebaliknya, jika dia mengambil barang tersebut dengan niat untuk mencari dan menyerahkan kembali kepada pemiliknya, maka dia mendapat pahala. Niat juga akan menentukan jenis-jenis amalan yang dilakukan dan hukum yang tertakluk padanya.

Sebagai contoh, perbezaan utama antara solat Dhuha dan solat Subuh ialah niat kerana kedua-duanya dilihat sama dari sudut bilangan rakaatnya dan segala rukun fi’li dan qauli yang lain.

Bahkan, sesiapa yang mempunyai niat untuk melakukan kebaikan dan kebajikan tetapi gagal melakukannya kerana terdapat kesulitan (masyaqqah - مشقة), dia akan tetap diberikan pahala oleh Allah.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Zar al-Ghifari (أبو ذر الغفاري): “Sesiapa yang masuk tidur sedangkan dia berniat untuk bangun solat sunat pada tengah malam, namun disebabkan terlalu mengantuk atau tidak terjaga, dan dia terjaga apabila sudah masuk waktu subuh, maka dia akan mendapat pahala dan ditulis apa yang diniatkan itu.” (riwayat al-Nasaie).

Wednesday, November 2, 2011

HUKUM SIJIL SIMPANAN PREMIUM

Ulasan Hukum Sijil Simpanan Premium

Beberapa perkara perlu dilihat untuk menentukan status hukum bagi Sijil Simpanan Premium,iaitu:

  • Wang terkumpul hasil simpanan orang ramai, ke mana dilaburkan? Dan siapa yang memantau?
  • Apakah kontrak yang digunakan antara penyimpan dan pihak BSN ? Adakah wadiah, mudarabah atau Qard?
  • Hadiah yang ditawarkan melalui cabutan adakah ia judi ?
  • Adakah produk Sijil Simpanan Premium ini diletakkan di bawah BSN Islamic Bank dan telah mendapat pengesahan Majlis Shariahnya?

Tanpa maklumat yang mencukupi, kesemua empat perkara tersbeut di atas tidak akan dapat disemak dengan adil lagi tepat. Hasilnya saya gagal memberikan sebarang pandangan berkenaan statusnya.

PERKEMBANGAN

Namun demikian, pada awal tahun 2008, saya bertemu dengan seorang bekas Pegawai BSN Islamic Banking di Pesta Buku Antarabangsa, ketika itulah saya mula mendapat lebih banyak maklumat dari bekas orang dalam BSN sendiri. Beberapa persoalan yang kabur sebelum ini telah terjawab. Tatkala itu status hukum untuk SSP yang mampu saya rumuskan adalah, ia adalah tidak patuh Shariah atau dalam kata lainnya, ia haram kerana wang yang terkumpul dilaburkan secara halal dan haram tanpa sebarang pemantauan. Saya juga dimaklumkan tiada sebarang kontrak jelas antara penyimpan dan BSN, serta produk ini tidak disahkan oleh Majlis Syariah BSN Islamic.

Namun demikian, saya masih sukar untuk menulis apa-apa secara terbuka kerana kebanyakan maklumat adalah secara verbal tanpa bertulis.

Sehinggalah Julai 2009 ini, satu Seminar Kewangan Islam akan dianjurkan oleh USIM. Saya turt menyumbang satu kertas kerja untuk pembentangannya pada 16 Julai 2009, namun kemungkinan besar saya tidak dapat hadir. Cuma sewaktu meneliti tajuk-tajuk pelbagai kertas kerja para pembentang saya terlihat satu tajuk yang berkaitan iaitu :-

"The Issue of Gambling in Premium Savings Certificate (Sijil Simpanan Premium) of Bank Simpanan Nasional in Malaysia: An analysis from the Shari'ah perspective"

Saya dengan segera menghantar email kepada penulisa dan pembenatnag yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penshaiat Syariah BSN Islamic.

Dan berikut adalah petikan email beliau kepada saya memberitahu hasil kajiannya :-

Sebenar ada berberapa isu Syariah berkaitan SSP antaranya:

  • 1- Persoalan sama ada SSP ada unsur perjudian, tetapi berdasarkan operasi SSP, tiada judi.
  • 2- Qard, kerana dari segi perundangan, akaun SSP adalah satu qard daripada BSN, so BSN tak boleh janji sebarang hadiah kerana "Kullu qardin jara naffan fahua riba".
  • 3- Investment, diurus secara konvensional, bercampur-aduk riba dan non-riba. Lagi pun BSN sendiri dari segi pentadbiran dan akaun memang menganggap SSP sebagai produk konvensional.

Solutionnya ialah mengikut apa yang dilaksanakan oleh Bank Islam, kerana kebetulan yang design "SSP-i" asalnya staff BSN, kemudian berpindah ke Bank Islam.

Bagi sesiapa yang inginkan perbincangan dan perdebatan lanjut berkenaan hal ini, hadirlah ke pembentangan kertas kerja tersebut di persidangan ini .

KESIMPULAN

Jika demikian, hasil kajian beliau adalah sama dengan hasil kajian awal saya cuma tidak mampu saya coretkan secara bertulis kerana ketiadaan autoriti dan bukti bertulis.

Saya bersetuju bahawa hadiah kereta dan sebagainya yang diberi melalui cabutan nombor sijil yang dipegang oleh penyimpan adalah bukan judi. Ia jelas kerana pihak penyimpan tidak mengalami sebarang kerugian walau tidak terpilih. Justeru ia bukan judi yang sifatnya mendedahkan peserta kepada rugi jika tidak terpilih, untung jika menang. Hal itu tiada dalam sistem cabutan SSP.

Saya juga bersetuju bahawa kontrak di antara BSN dan penyimpan adalah qard atau pinjaman, Justeru, sebarang hadiah atau dividen yang dijanjikan oleh BSN (jika ada) adalah riba berdasarkan hadis dan ijma ulama.

Saya juga bersetuju bahwa apabila wang terkumpul disalurkan kepada pelaburan bercampur halala hdan haram, ia sama sekali TIDAK PATUH Shariah YANG TIDAK BOLEH disertai oleh mana-mana orang Islam.

Justeru itu, apakah hukum Sijil Simpanan Premium BSN ?

Saya difahamkan pihak BSN Islamic sedang bertungkus lumus memperbaiki system sedia ada SSP kepada cara dan keadah Islam. Sementara belum wujudnya produk SSP Islam, menyertai SSP yang sedia ada adalah sama seperti menyimpan di dalam sebuah akaun riba di mana-mana bank konvensional. Hukumnya juga adalah sama, iaitu haram, menyertainya juga haram.

Majlis Syariah BSN Islamic juga tidak memberikan sebarang pengesahan patuh Shariah kepada produk SSP ini. Saya juga difahamkan bahawa pihak JAKIM juga telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan mereka sedang melakukan tindakan yang sewajarnya untuk menanganinya.