Translate

Wednesday, November 10, 2010

Merawat Santau dengan Daun Nangka


Merawat Santau Dengan Menggunakan Daun Nangka.

Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus. Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
1. Santau angin
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah
Zaman sekarang umur belasan tahun juga sudah diajar membuat santau.Bahkan mat rempit juga belajar sama.Semua ini adalah untuk keseronokkan diri dan bermegah-megah dengan ilmu yang diajar oleh makhluk halus. Untuk makluman pembaca Blog ini, Ust Mokhtar Kasan ialah perawat Darussyifa Bangi yang khusus untuk merawat santau. Kami gelarkannya sebagai 'pakar santau'.Bahkan semasa kuliah, bila tiba tajuk santau, Tn. Guru sendiri meminta Ust Mokhtar Kasan mengajar tajuk tersebut. Banyak juga kami perolehi ilmu dan maklumat semasa kuliah yang disampaikannya. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksud tokngah kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah. Kami juga menjalankan sesi praktikal dalam sesi kuliah tersebut . Cuba lihat gambat tersebut: Inilah cara-cara nak merawat santau. Salah satu bahannya ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut. Untuk merawat pesakit yang terkena santau, pesakit hendaklah membuka baju. Bagi pesakit perempuan, perawat mestilah perempuan. Di Darusyifa ada ramai juga perawat perempuan.Mengikut maklumat dari Darussyifa' di Bangi, nisbah jantina pesakit ialah 2 lelaki 8 perempuan.Ertinya ramai pesakit di kalangan perempuan. Hati2 lah dalam pergaulan,kat kedai makan dll. Wallahua'lam...............

Tuesday, November 2, 2010

Mengamalkan Minum Misai Kucing


Misai Kucing ( Orthosiphon Stamineus ) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Ia telah terkenal sejak turun temurun kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, terutama bagi merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh telah lama digunakan sebagai minuman sejak dulu lagi. Ianya bersifat diuretik, dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubatan moden.

Selain dari itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kelesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan. Penyelidikkan juga telah mendapati ianya besifat antiseptik.Misai Kucing adalah herba renek yang tumbuh cepat dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5m. Daunnya tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan di tepinya berjeriji. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya bersegi empat, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.


Nama Misai Kucing diberi sempena ciri bunganya yang unik, mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia, dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu bunga putih dan bunga ungu. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS1 dan varieti bunga ungu dikenali sebagai MOS2. Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini.

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.

Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang.

Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Daun Misai Kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat diuretik), rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi.

Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, Misai Kucing juga ditanam di kawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang menarik

MIsai Kucing


Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Merawat Barah Dengan Rumput Sambau



Oleh :My Sifu
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa', Bangi.
Penyakit berbahaya ini merupakan satu penyakit yang dianggap sebagai "pembunuh paling kejam" dan menyerang tanpa memilih siapa dan berapa usia mangsanya.
Pada peringkat awal serangannya iaitu dalam bentuk kelenjar dan bengkak yang boleh dikaitkan dengan gejala barah, ia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah air liur basi yang dibasahkan pada bahagian jari telunjuk dan ibu jari ditekan pada bengkak dan kelenjar yang biasanya kedapatan pada bahagian-bahagian tertentu di badan.
Bagi kanak-kanak pula, kaedah rawatan tersebut boleh dibuat untuk menghapuskan bengkak dan kelenjar yang selalu tumbuh di bahagian leher yang dikaitkan dengan nama "ibu sawan .
Setelah diambil air liur basi di bahagian tepi bibir dan langit-langit, maka ibu jari yang ditemukan pada jari telunjuk itu bolehlah ditekankan pada bahagian kelenjar atau bengkak secara perlahan-lahan dan lama-kelamaan dikuatkan iagi tekanan itu.
Bacaan ketika mengamalkan rawatan ini ialah:
1. Al-Fatihah dengan amalannya harus dibuat dengan kaedah pembacaan di mana bermula daripada Bismillah hingga akhir ayat itu dibaca dengan .hanya satu nafas dan berhenti pada tiap-tiap ayat tanpa menarik nafas.
2. Setelah selesai bacaan hendaklah ditiup pada ibu jari yang sudah basah dengan air liur basi tadi dengan disertai bacaan selawat Syifa' atau seku-rang-kurangnya selawat Tahyat.
Selawat juga hendaklah dibaca dengan hanya satu nafas dengan tujuh kali bacaan dan hendaklah berhenti tanpa mengambil nafas pada setiap kali selesai satu bacaan.
Selepas itu ibu jari dan jari telunjuk itu dipicit dan ditekan secara berputar-putar pada bahagian yang didapati ada ketumbuhan kelenjar atau bengkak.
Amalan ini sekiranya dilakukan dengan sabar, insya-Allah akan menyembuhkan sakit.
Sekiranya kaedah itu tidak berkesan atau tidak pulih sepenuhnya sama ada kerana caranya kurang betul atau penyakit terlalu degil maka bolehlah dicuba kaedah kedua.
Penyakit yang degil sukar disembuhkan
Sukalah saya ingatkan bahawa kedegilan penyakit yang menyerang manusia sama seperti apa yang ada dalam kehidupan manusia di mana ada antara kita yang sikapnya agak degil.
Penyakit ada kalanya begitu juga. Setelah menyerang manusia, ia amat sukar untuk disembuhkan.
Kelenjar atau bengkak yang degil elok dirawat dengan menggunakan kaedah kedua.
Dapatkan madu lebah asli dan kapur sirih, di mana kapur diambil dengan kaedah yang sama seperti menggunakan cara air liur basi tadi.
Kenakan kapur pada bahagian ibu jari dan jari telunjuk dan bacalah bacaan seperti yang digunakan dalam kaedah pertama tadi.
Setelah itu kapur disapu pada bahagian yang terkena kelenjar atau bengkak tadi. Kalau bengkak atau kelenjar itu didapati agak besar maka eloklah digunakan kapur yang lebih banyak.
Selepas disapu kapur di bahagian yang hendak dirawat ambillah madu lebah. Cara menggunakan madu lebah sama seperti cara menggunakan kapur tadi iaitu dibaca ayat menurut kaedahnya dan kemudian madu lebah disapu di bahagian terkena kelenjar atau bengkak.
Ini bererti madu lebah disapu pada bahagian yang sudah disapu kapur. Setelah disapu madu lebah eloklah dibiarkan selama enam jam atau lebih. Lakukan sewaktu belum tidur dan bersihkan pada keesokan hari setelah bangun pagi.
Kalau dibuat pada sebelah pagi pula, bersihkan pada sebelah petangnya. Seandainya cara kedua ini masih gagal mem-berikan kesan pada bengkak atau kelenjar tersebut anda jangan mudah berputus asa kerana ada satu Iagi cara yang boleh dipraktikkan sebagai pilihan yang seterusnya.
Cara ketiga ialah dengan menggunakan bahan-bahan berikut:
1. Pokok rumput sambau. Rumput ini tabiatnya tumbuh di tepi jalan secara sejambak dan di pucuknya ada bunga.
Seelok-eloknya dicari rumput sambau yang belum dipijak atau dijamah binatang.
Pokok rumput sambau ini dibersihkan termasuk bahagian akarnya sekali.
2. Kapur sirih daripada kulit kerang (bukannya kapur cap kulit kerang) iaitu kapur yang diproses daripada kulit kerang.
3. Mangkuk serba putih yang juga dipanggil mangkuk Cina (bukan mangkuk kristal) yang tidak bertulis apa-apa perkataan atau dilukis dengan apa-apa lukisan.
4. Air bersih.
Kesemua bahan ini hendaklah didoakan terlebih dahulu dengan memohoh pada Allah agar disembuhkah penyakit barah atau kelenjar dan bengkak yang mungkin menjadi barah.
Baca:
1. Al-Fatihah dalam satu nafas dan berhenti pada setiap ayat.
2. Surah Al-Ikhlas sebanyak empat kali dan habiskan dalam hanya satu nafas.
3. Baca ayat 1, 2 dan 3 daripada surah Al-Qalam. Setelah selesai membacakan ayat-ayat ini tiupkan pada air.
Ramuan hanya untuk tiga hari
Ambil kapur sebanyak tiga sudu air dan masukkan kapur tadi ke dalam mangkuk putih dan campurkan enam sudu air. Kesemua bahan tadi dibancuh supaya larut dan sebati dengan menggunakan rumput sambau sebagai alat pembancuh.
Gunakan rumput sambau yang sudah dibasahi adunan kapur dan air tadi lalu disapu pada bahagian yang terkena serangan yang disyaki barah (kelenjar dan bengkak) tadi. Bagaimanapun pada barah yang sudah pecah jangan sesekali menggunakan bahan ini.
Rawatan ini hendaklah diulangi dan gunakan rumput sambau tadi sebagai bahan penyapu dan sebaik-baiknya dijalankan tiga kali sehari. Sekali ramuan dibuat gunakan hanya untuk tiga hari sahaja kerana selepas waktu itu ramuan kapur dan air tadi akan mengeluarkan bau yang kurang enak untuk dihidu oleh pesakit.
Air yang didoakan tadi pula hendaklah diminum dan disapu pada bahagian yang disyaki barah.
Di samping itu pesakit juga disyorkan supaya bersembahyang hajat pada malam hari dan mengadu pada Allah untuk memohon kesembuhan.
Doa boleh dibaca dalam bahasa Melayu untuk merayu pada Allah dan dengan ikhtiar rohani serta fizikal tadi, insya-Allah penyakit akan dapat disembuhkan.
Di samping itu banyakkan amalan membaca Al-Quran.