Translate

Thursday, November 11, 2010

Kaedah Membentengi Diri Dari Makhluk Halus



BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat

ii. Ayatul Kursi

iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin

iv. Ayat Berkubu

v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0 AYATUL KURSI

BACAAN

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf

2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.

3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN

Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda

2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Sumber:Tuan Guru Dato Harun Din

Air itu Allah jadikan Hidup


Petang ni saya nak bincangkan pasal keajaiban air yang di jadikan Allah.Ketika Saya belajar di Darussyifa' dulu ada dimasukkan sukatan pelajaran berkaitan air.Tapi bukan Tuan Guru yang beri penerangan tentang air ini.Kuasa yang Allah berikan pada Air inilah yang memberi kesan kepada pesakit dengan izin Allah. Berikut disenaraikan urutan air yang baik untuk didoakan ketika merawat pesakit iaitu:

i. Air Zamzam
ii.Air Kolah Masjid
iii.Air hujan malam Jumaat
iv. Air mineral

Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum air yang didoakan ada macam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan,ada yang tak nak buka mulut dan kena paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya. Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.

Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz yang menyampaikan kuliah pada malam itu( maaf saya lupa namanya), pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).

Apabila tiba giliran Ustaz tersebut, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.

Perhatikan!

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya.








Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya







Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya. Di sini saya nak kongsi satu ilmu kepada pembaca blog ini berkaitan dengan air dan diharap pembaca blog ini dapat mencubanya. Ambil air mineral sebanyak 2 gelas dan ambilkan satu tasbih.
Untuk gelas pertama cuba bacakan kalimah Allah seperti bismillah @fatihah@yaasin dan sebagainya. Untuk gelas kedua cuba ucapkan kata-kata yang jahat pada air itu seperti jahanam,celaka,sial dan sebagainya. Kemudian ambilkan tasbih letakkan diatas gelas tersebut. Insyaallah gelas yang dibisikkan kalimah Allah akan berputar tasbihnya dan gelas yang gelas yang dibisikkan kata yang jahat tidak akan berputar. Tapi dengan syarat kena "yakin".Isyaallah. Semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan. Insyaallah.

Wednesday, November 10, 2010

Air Sebagai Bahan Rawatan


JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN

Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik;

1. Air Zam-zam (yang paling baik)

2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.

3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk

4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit

5. Air Mineral semulajadi

6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci

Petua Mengambil Bahan Herba/Ubat


PETUA PENTING PERSEDIAAN BAHAN UBAT

1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)"

2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut

3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).

4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.

5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.

6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).

Asal Usul kejadian Jin Dan Syaitan


ASAL USUL KEJADIAN JIN DAN SYAITAN

PENGENALAN

Secara umumnya terdapat tiga jenis makhluk yang setiap darinya memiliki asal usul ciptaan yang berbeza:

1. Malaikat yang dicipta dari cahaya.

2. Jin yang dicipta dari api.

3. Manusia yang dicipta dari tanah.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan tentang tiga jenis makhluk ini dalam sabda baginda:

خُلِقَتْ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ.

Diciptakan malaikat dari cahaya, diciptakan jin dari nyalaan api dan diciptakan Adam (manusia)

dari apa yang telah dijelaskan kepada kalian.[1]

Merujuk kepada tiga jenis makhluk di atas, yang penting untuk diketahui ialah bahan asas ciptaannya dan bukan bagaimana bahan tersebut berbentuk atau diadun. Ini kerana jika dihimpun semua ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih berkenaan asal usul malaikat, jin dan manusia, akan ditemui bahawa bahan-bahan tersebut dinyatakan dalam bentuk yang berbeza atau adunan yang berlainan.

Untuk jin umpamanya, dalam hadis di atas disebut bahawa ia dicipta dari nyalaan api. Akan tetapi dalam ayat 27 surah al-Hijr, disebut bahawa ia dicipta dari (نار السموم) “angin api yang amat panas”. Perbezaan ini sebenarnya saling melengkap dan memperinci antara satu sama lain. Yang penting untuk kita ketahui ialah bahan asas untuk ciptaan jin ialah api.

Di antara tiga makhluk ini, manusia dicipta oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala selepas Dia mencipta malaikat dan jin. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap

ke liang bulu roma (نار السموم). Dan (ingatkanlah peristiwa)

ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:

“Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia

dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”

[al-Hijr 15:26-28]

Dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa:

· “Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu…”, menunjukkan bahawa jin dicipta sebelum manusia.

· “…ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia…”, menunjukkan malaikat sudah sedia ada ketika Allah hendak mencipta manusia.

Setakat ini tidak ditemui nas yang sahih lagi jelas yang menerangkan antara malaikat

dan jin, siapakah yang dicipta terlebih dahulu. Apabila Allah dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan ini, bererti ia bukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk kita memikirkannya atau mencari jawapanya.

Antara tiga makhluk tersebut, syaitan adalah dari jenis makhluk jin sebagaimana jelas Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat berikut:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:

“Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis;

ia adalah berasal dari golongan jin.

[al-Kahf 18:50]

Dalam ayat yang lain diterangkan bahawa syaitan berasal dari api, menunjukkan mereka berasal dari jenis jin:

Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku memerintahmu?”

Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan)

jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”

[al-A’raaf 7:12]

Ada pun iblis, maka ia adalah salah satu nama syaitan. Tidak ditemui petunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau syaitan yang pertama. Sekali lagi, apabila Allah dan dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan “Siapakah iblis?”, bererti ia adalah sesuatu yang tidak penting untuk kita mengetahuinya. Yang penting ialah kita mengetahui bahawa iblis adalah salah satu nama syaitan. Perkaitan antara iblis dan syaitan dapat dilihat pada ayat berikut, setelah iblis enggan sujud kepada Adam:

Allah berfirman (kepada iblis):

“Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!

Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka,

maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua,

sebagai balasan yang cukup.

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu;

dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda

serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka;

dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda

dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”.

Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

[al-Isra’ 17:63-64]

Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.

Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.

Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.

Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.

Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.

Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.



Assalamualaikum

Setelah mengikuti kelas pengajian ilmu perubatan Islam Di Darussyifa' bangi mengenai Tajuk SANTAU,kami menziarahi rumah Ustaz Mokhtar kasan Di Kajang Utama untuk melihat sendiri Cara Ustaz Mokhtar merawat Santau.kami tiba dirumah ustaz jam 7 pm,Solat maghrib di surau Quaters Guru Depan rumah Ustaz Mokhtar.Jam 7.50 kami mula memasuki rumah ustaz.

Melihat Sendiri cara ustaz Mokhtar merawat Santau adalah satu pengalaman yang sangat berguna untuk kami pelajar2 darussyifa'.

Rumah ustaz Sunyi sepi selepas Kematian Almarhumah isteri ustaz.

Pukul 12.30 pagi barulah kami berkesempatan bersembang dengan Ust. Mokhtar dan bertanyakan perkara-perkara yang kami tidak faham berkaitan dengan santau. Mengikut Ust. Mokhtar santau mesti dikeluarkan sepenuhnya dari badan pesakit dan sebab itulah rawatan biasanya kena berulang-ulang.Kalau baki santau masih ada dalam badan biasanya ia hidup dan membiak kembali dalam masa tiga minggu sahaja.Betapa cepatnya santau itu membiak.Setiap rawatan memerlukan tiga kali tepuk di badannya dengan menggunakan daun nangka dan tidak boleh lebih.Kalau lebih tiga kali biasanya pesakit akan pengsan.Antara pesakit yang tak boleh tepuk ialah pesakit yang muntah darah. Kena tahan darah dahulu dan seminggu kemudian baru boleh tepuk.
Mengikut pengalaman Ust. Mokhtar ada seorang pesakit yang muntah darah datang ke rumah Ust. Mokhtar untuk tepuk santau. Ust menasihatinya supaya jangan ditepuk kerana dikhuatiri darah akan banyak lagi akan keluar. Keluarga pesakit itu degil dan meminta ust jalankan juga rawatan tepuk dan mereka sanggup tanggung risiko. Bila ditepuk sekali sahaja ternyata keluar memancut darah dari mulutnya. Itulah bahayanya santau bila dah terkena badan kita.Amalkan selalu pendinding supaya dijauhkan daripada terkena santau. Nantikan Cerita Lanjut pada Penulisan yang akan datang.

Wassalam