Polianthes Tuberosa - Sundal Malam
Nama : Sundal Malam
Nama Saintifik: Polianthes Tuberosa
Nama Lain: Tuberose
Famili: Amaryllidaceae/Agavaceae
Lokasi Dijumpai:
Asal:
Keterangan:
Bunga Sundal Malam atau dikenali juga dengan nama Tuberose berasal dari Amerika Tengah. Nama saintifiknya ialah Polianthes Tuberosa, tergolong dalam famili Amaryllidaceae/Agavaceae .
Sudal Malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifatnya berbeza.
Sama seperti bunga melur walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu.
Sesetengah ahli botani mengklaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim (annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).
Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun. Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.
Kegunaan:
Sundal Malam digunakan di India sebagai bunga untuk menumbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru. Di india juga gadis2 yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka.
Di India juga bunga ini dikenali dengan nama Ratkirani yang bermaksud mistress of the night. Ia dikatakan dapat menambah dan meransangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya).
Minyak pati dari bunga ini sangat mahal. Ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emosi. Ia mendatangkan ketenangan hati dan perasaan. Bunga ini banyak ditanam secara kormisial di Mexico , Hawaii , U.S.A
Monday, July 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment