Translate

Friday, December 31, 2010

Motivasi Kerja 9:Memberi Penghargaan Buat Diri Sendiri

Ada satu cara untuk membangkitkan motivasi kerja dalam diri Anda.

Apa dia? Memberi penghargaan buat diri sendiri.

Bila Anda berjaya menyelesaikan satu tugasan kerja dengan cukup hebat dan bagus sekali bahkan dipuji, itulah masa yang sesuai untuk Anda memberi penghargaan buat diri sendiri. Ambil masa seketika untuk melakukan hal ini.

Luangkan masa 1 minit atau 5 minit untuk memberi penghargaan buat diri Anda. Lakukan dengan membisikkan kata-kata di dalam hati khusus untuk diri anda. Misalnya:

“syabas, kau dah dapat selesaikan kerja yang bagus hari ini”. (kata-kata ditujukan buat diri sendiri)Saya panggil" Conget ekor Sendiri",Perasaan Sorang-sorang.

“good job!” (sambil tersenyum bangga dengan pencapaian diri sendiri)

“wow! aku dapat buat kerja tadi tu ngan cukup baik!”. (kata-kata penghargaan buat diri sendiri)

“syabas! bagus kerja tadi. Aku rasa aku boleh buat dengan bagus lagi di lain kali”.

Penghargaan-penghargaan yang kecil sebegini memberi impak yang amat besar, terutama pada tahap motivasi Anda di tempat kerja.

Anda akan bersemangat melakukan kerja, bahkan merasa yakin Anda dapat melaksanakan apa saja tugasan kerja dengan cukup bagus sebab Anda dah merasai kehebatan Anda melaksanakan tugasan di masa lalu.

Minda kita ni bila kita dah melalui sesuatu, akan membuat kita merasa yakin untuk melakukan hal yang sama di lain kali, apatah lagi bila mendapat pujian dari kengkawan atau bos kita.

Kita akan bertambah-tambah yakin jadinya.


Wallahuaalam

Motivasi Kerja 8:Tips Untuk Minat Pada Kerja

Masalah sesetengah orang adalah, mereka mendapat kerja yang mereka tak minat, langsung tak minat bahkan membuat mereka merasa kurang bersemangat sebab tak minat.

Masalah ni banyak berlaku terutama dalam diri fresh graduate yang baru saja masuk ke alam pekerjaan dan bagi orang yang baru berpindah kerja. Jika Anda mendapat kerja yang berlainan dari minat Anda dan Anda mahu tahu cara untuk membuat Anda minat pada kerja yang langsung Anda tak minat, berikut adalah tips motivasi untuk anda.

Kaji kerja tu, cari kebaikan-kebaikan yang ada di dalamnya.

Selidiki tugasan yang diberikan dengan rasa ingin tahu. Lama-kelamaan perasaan ingin tahu tu bertukar menjadi keseronokan mendalam yang amat mengasyikkan.

Tiap kali Anda melaksanakan tugasan kerja, Anda tidak akan rasa terbeban tapi rasa seronok sebab Anda mahu tahu perkara baru yang Anda akan jumpa nanti. Tiap kali bekerja, elak memikir kesusahan melaksanakan kerja.

Kaji, cari perkara-perkara baru yang Anda masih belum tahu kemudian perbaiki pengetahuan yang ada sudah pelajari dari rakan-rakan sekerja, bos, ketua mahupun dari ketua jabatan Anda.

Elak terlalu cepat berpuas hati dengan ilmu serta kemahiran kerja yang sedia ada. Elak merasa diri sudah pandai. Belajar dan latih diri menggali perkara-perkara baru mengenai jawatan Anda, tak kiralah apapun ia.

Jika Anda terus menerus melakukan hal ni, motivasi kerja Anda akan timbul secara automatik, tak perlu dicari-cari lagi.

Ada orang jadi minat pada kerja yang dia langsung tak minat sebab dia di cabar oleh orang lain.

Bukan setakat dicabar bahkan dihina, dicaci maki bahkan disumpat seranah.

Kemarahan yang terbit akibat dari dicaci, dihina tu bertukar menjadi motivasi yang amat kuat. Motivasi kerja camni memang power sebab kita desak diri kita bekerja kuat untuk membuktikan yang kita ni mampu untuk mencapai sesuatu pencapaian hebat.

Andai kata Anda rasa motivasi jenis gini sesuai buat diri Anda, teruskan. Saya panggil motivasi jenis camni sebagai ‘kemarahan positif‘. Kita melempiaskan kemarahan pada perbuatan positif, iaitu dengan berusaha keras membuktikan sesuatu.

Kita akan kerap berjumpa dengan orang-orang yang dengki pada kita atau memandang rendah pada keupayaan kita walaupun kita langsung tak kacau hidup dia. Orang camni kita tak boleh elak, ada kat mana-mana.

Andai Anda sedang melalui situasi yang sama dan Anda merasa tertekan sebab orang lain pandang rendah pada Anda kemudian Anda tertekan sebab Anda tak minat kerja Anda sekarang ni, tukar rasa ‘marah’ pada orang tu menjadi pendorong untuk Anda membuktikan padanya yang Anda ni pekerja rajin,bijak, produktif.

Buktikan yang Anda mampu capai apa yang orang sebelum ni tak pernah capai.

Buktikan Anda boleh buat perkara yang sebelum ni orang lain langsung tak pernah buat.

Bila Anda sudah berjaya membuktikan sesuatu, Anda sudah berjaya mencapai sesuatu, orang-orang sekeliling yang memandang rendah pada Anda akan jadi ‘diam’.

Ada juga yang akan terus bising, bercakap-cakap di belakang Anda. Hakikatnya, orang jenis begitu takkan pernah mencapai apa-apa kemajuan.

Biarkan saja mereka. Yang penting Anda.

Anda mesti teruskan usaha mencemerlangkan diri dalam kerjaya Anda sekarang ni. Bila Anda sudah menemui faktor pendorong seperti yang saya katakan tadi, Anda akan merasa bersemangat untuk bekerja.

Bila sudah bersemangat bekerja, segala cabaran, permasalahan, dugaan dan tekanan Anda dapat lalui dengan jayanya.Jangan kisahkan omong-omongan kosong rakan yang melemahkan semangat.Jauhi orang2 yang macam ni.

LiveStrong!

Motivasi Kerja 7:Cabar Diri Untuk Berjaya Dalam Kerjaya

Dalam sebuah artikel motivasi yang saya baca, katanya untuk berjaya kita kena ada prinsip 3S – Sasaran, Strategi, Sikap.

Nak berjaya, orang lain tak boleh paksa-paksa. Keinginan mahu berjaya tu kena timbul dengan sendirinya dari dalam diri Anda.

Cetusan untuk berjaya biasa datang dari orang-orang sekeliling,Pemandangan sekeliling dengan kata lain,persekitaran kita..

Kekadang orang perlekeh kita, orang pandang rendah pada kita, kekadang orang memijak-mijak potensi diri kita.Contoh:(Tak yah buat la,tak berjaya punyer,Member aku dah buat,tak berjaya2 pun,Tak yah la, buang masa je.)itu adalah antara ayat2 pelemah semangat dari kawan2 sekeliling kita.

Dek tak tahan asyik di ‘buli’ dan direndah-rendahkan, kita tekad nak berjaya sebab kita mahu buktikan yang kita boleh mencapai sesuatu, memiliki sesuatu mengalahkan mereka.

Kejayaan sekarang diukur dari aspek material dan kewangan.

Dalam masyarakat kita, kejayaan seseorang di ukur dari dua aspek tadi – harta dan duit.

Anda masih dianggap kurang berjaya bila harta Anda cuma sedikit. Orang akan pandang Anda sebelah mata apabila duit Anda masih sedikit.

Saya menyeru Anda supaya mencabar diri sendiri untuk berjaya.

Memiliki material dan sumber kewangan besar yang mantap tak salah, janji niat kita mempamerkannya adalah untuk dijadikan sumber inspirasi pada orang-orang lain di sekeliling kita.

Jangan nak menunjuk-nunjuk dah le.

Hati kita sendiri pun kena dikontrol. Sebab bila dah berharta dan berduit, kita terdorong untuk bersikap riak.

Orang lain hatta mak bapak kita sendiri tak boleh paksa kita nak berjaya. Makin diorang paksa, makin keras kepala kita.

Kita akan makin tak nak. Contohnya? Berjaya dalam pelajaran.

Mak suruh belajar, bapak suruh belajar. Makin di suruh belajar, makin kita tak nak. Pelajar yang cemerlang mahu cemerlang sebab kemahuan tu timbul dari keinginan diorang sendiri. Tak dipaksa.

Cepat atau tidak keinginan kita nak berjaya tu muncul bergantung pada diri kita, khususnya matlamat kita. Apabila kita tahu apa yang kita nak capai, secara otomatik keinginan untuk berjaya tu akan timbul serta merta, membara dan makin membara dari sehari ke sehari.

Makin kita ingat apa yang kita nak capai, makin bersemangatlah kita jadinya.

Mulai hari ini, seperti yang saya katakan tadi, saya menyeru Anda, mengajak Anda mencabar diri untuk berjaya.

Saya cabar Anda, Anda cabar saya balik.

Masing-masing kita saling cabar mencabar. Bukan mencabar apa, mencabar diri untuk berjaya.

Sebagai seorang blogger, saya mencabar diri saya untuk menghasilkan banyak artikel berkualiti, bukan sembarang punya artikel, saya pentingkan kualiti.

Kat dalam blog ni, saya tak ada Editor.

Jadi, saya baca artikel tu banyak kali, padam banyak kali, ubah banyak kali sampai betul-betul puas hati. Sebelum 1 artikel keluar.

Sebagai seorang pekerja, saya cabar diri saya buat kerja sehabis baik, sebaik mungkin, sebagus mungkin, sehebat mungkin, serajin mungkin, sekualiti yang mungkin. Saya tak kisah pasal politik pejabat.

Yang penting, kerja saya siap on-time, kualitinya bagus dan memenuhi kriteria ketua saya. Ketika bekerja, saya lebih pentingkan professionalisma.

Agama Islam mengajar kita jadi berdisiplin.

Buktinya, orang yang menyempurkan sembahyang di awal waktu, ganjaran pahalanya lebih baik dari orang yang bersembahyang di akhir-akhir waktu.

Islam memberi amaran pada umatnya yang melambat-lambatkan sembahyang, yang melengah-lengahkan waktu sembahyang, bahkan memberi amaran yang amat keras pada orang yang suka bersembahyang di akhir waktu.

Ingat 3 S tadi - Sasaran, Strategi, Sikap.

Paling akhir tu yang kita kena jaga.

Sikap kita.

Kena positif, kena bagus, kena berdisiplin supaya kita boleh berjaya dalam apa jua perkara yang kita usahakan.

Biar kita cuma orang biasa, janji pencapaian kita luar biasa.

Motivasi Kerja 6:Dekatkan Diri dengan Alam Semulajadi

Mendekatkan diri pada alam ada pencetus motivasinya tersendiri.

Tiap kali orang ada masalah, mesti dia suka duduk di tepi pantai, di bawah pokok, ambil angin, jalan-jalan di taman, duduk termenung bersendirian di atas rumput. Ada orang suka mendengar bunyi deruan ombak memukul batu-batu di tepi laut.

Tiap kali kita dekat dengan alam, kita rasa tenang semacam. Dari ketenangan tu, kita merasa bahagia, gembira, bersemangat kembali.

Saranan saya kali ini, seimbangkan kerja keras dengan waktu bersantai. Dalam sehari, 8 jam kita kerja, 1 jam kita kena relaks. Pastu kita sambung kerja balik. Barulah motivasi kita tak hilang semena-mena gara-gara terlalu kuat bekerja.

Pergilah ke tepi pantai, taman bunga atau merehatkan minda di luar rumah Anda. Dekatkan diri dengan tumbuh-tumbuhan hijau.

Tumbuhan hijau mengeluarkan oksigen lalu menyerap karbon dioksida yang keluar dari badan kita. Lebih banyak oksigen masuk ke dalam badan kita, lebih tenang kita jadinya.

Kita jadi lebih bersemangat apabila ktaa merasa tenang. Bersemangat yang macamni yang kekal powernya.

Ada juga orang bersemangat gila, bersemangat membara tapi percayalah semangat camtu cepat hilang punya.Semangat Taik ayam.

Wallahuaalam

Motivasi Kerja 5:Niat kita membantu Faktor kejayaan

Mungkin sekarang ini Anda memasang niat mahu berjaya. Dalam fikiran saya, saya andaikan Anda sekarang orang yang sudah bekerja, bukan lagi student.

Bekerja bagi saya, termasuklah yang berniaga sendiri tak kiralah apa jua jenis perniagaan yang Anda lakukan. Asal Anda bekerja mencari rezeki, cari duit, maka Anda adalah orang bekerja.

Kejayaan bagi orang yang bekerja berbagai tahap, terpulang pada mindset masing-masing. Ada orang bekerja menakrifkan kejayaan sebagai satu tahap di mana dia berjaya memiliki kereta berjenama yang mahal, rumah tinggi harganya, jumlah pendapatan yang besar jumlahnya.

Ada orang, kejayaan baginya adalah kejayaan dapat membina insan-insan lain di bawah bimbingannya mencapai tahap berjaya. Orang sebegini sanggup bertungkus-lumus membina kejayaan insan lain kerana mereka sedar kejayaan mereka sendiri terletak di dalam kejayaan insan yang dibentuk oleh mereka.

Kejayaan jenis sebegini saya panggil kejayaan holistik atau disebut kejayaan spiritual. Kita mensasarkan kejayaan bukan untuk memiliki harta benda tapi membuat orang lain memiliki harta benda idaman mereka. Inilah kejayaan yang makin berkembang dari satu tahap ke tahap yang lain.

Sebab itulah antara punca saya tidak meninggalkan bidang perguruan dan pendidikan yang saya buat sekarang,walaupun saya sudah punya perniagaan sendiri.

Ini juga menjadi faktor kejayaan kepada orang-orang yang menceburi Multi Level Marketing,jayakan anak didik kita....insyallah kejayaan akan jadi milik kita.jauhi hasad dengki sesama rakan,bersainglah dengan cara yang betul.....rezeki berkat...kekayaan pun dapat.

wallahualam.

Motivasi Kerja 4: Sedia Menerima Arahan" Yes Boss"

Salah satu faktor penentu motivasi kerja ialah kesediaan kita menerima arahan, terutama dari boss yang lebih muda umurnya daripada kita.

Dalam sektor kerajaan, kita akan dipandang dari jawatan kita dan senioriti, kita kurang dipandang dari segi kemahiran.

Dalam sektor swasta, kita akan lebih dipandang jika kita memiliki banyak kemahiran daripada orang lain di dalam organisasi.

Teori ini tak semestinya sama dalam semua tempat kerja sektor swasta tapi dalam Penilitian, kebanyakannya begitu, terutama organisasi di dominasi bangsa Cina.

Motivasi bekerja akan lebih ampuh apabila kita bersedia menerima arahan, memproses arahan itu di fikiran, merangka strategi, menyediakan bajet ,masa kemudian bertindak melaksanakan arahan.

Kita perlu bijak menangani arahan-arahan dari bos kita terutama apabila kita menerima lebih daripada satu arahan dalam satu masa.

Usah pentingkan ego kita, pentingkan sumbangan kita pada organisasi tempat kita bekerja mencari rezeki.

Faktor Umur bukan penentu pengalaman kita lebih dari orang lain,ada orang yang lebih muda mempunyai pengalaman yang lebih banyak dan kemahiran yang lebih tinggi,jangan selalu pakai petua orang Tua-tua"aku lebih dulu makan garam"....

Turunkan ego kita,hormati satu sama lain,jauhi sifat dengki.....insyallah organisasi kita akan kuat,kerja akan jadi lebih enteng.


Motivasi Kerja 3:Pemakaian Mempengaruhi Motivasi


Waktu mula -mula bekerja sendiri dulu, saya tidak kisah dengan pemakaian saya sebab saya menyiapkan kerja dari dalam rumah, di bilik tidur hanya dengan menggunakan sebuah laptop dan talian internet broadband. Sekarang dah lain.

Saya bekerja di luar rumah, berpakaian formal (memakai baju baju yang melambangkan identiti seorang Business Woman).mesti kemas dan punyai keterampilan diri,nampak cantik,kemas. Dunia saya berubah.

Dari aspek psikologinya, pemakaian banyak mempengaruhi motivasi. Berpakaian kemas, bersih dan harum mempengaruhi emosi Anda. Anda merasa bangga, teruja, lantas membuat Anda bersemangat. Anda akan makin bersemangat apabila pemakaian Anda yang kemas itu dipuji oleh rakan-rakan sekerja.

Sesiapapun percaya dengan Anda, sebab penampilan Anda kemas, konfiden.

Tak perlu berfesyen, just nice. Kemas, bersih dan harum! Anda boleh berpakaian biasa, tapi pakaian yang kemas, bersih dan harum membuat Anda bangga dengan kerjaya Anda, membangkitkan self esteem yang tinggi.

Kesannya, Anda merasa yakin, makin bersemangat.

Annie CSC.

Friday, December 24, 2010

Motivasi Kerja 2:Ikhlas Untuk Bekerja

Ikhlas Dalam Kerja

“If we do more than we paid for, we will be paid with more than what we do”
- Zig Ziglar-

“Kalau kita kerjakan lebih daripada yang dibayarkan, akhirnya kita akan dibayar lebih daripada yang kita kerjakan”

Cuba ingat balik hukum sebab dan akibat.

Lebih banyak kita beri, lebih banyak kita akan dapat semula sebagai pulangan.

Apabila kita melakukan sesuatu lebih dari tahap yang diharapkan, lebih dari yang orang sangkakan, maka kita akan menerima ganjaran lebih banyak dari yang sepatutnya kita dapat di masa akan datang.

Syaratnya, berilah tanpa pernah mengharap untuk dibalas (sedikitpun!).

Berbuat baiklah tanpa pernah mengharap balasan, sekadar hanya mahu banyakkan memberi – memberi pertolongan, memberi idea, memberi buah fikiran, memberi sedikit kewangan, memberi sumbangan tenaga, memberi ilmu.

Apabila kita mengerjakan sesuatu tugasan lebih dari jumlah gaji yang dibayar pada kita, satu masa nanti pasti kita akan menerima pulangan lebih banyak dari gaji asal yang sepatutnya kita terima.

Janji, lebihkan memberi, lupakan menerima, cuma fokuskan usaha pada memberi.

Kata-kata motivasi kali ini ngam di aplikasikan sebagai motivasi kerja.

Bila Kita ikhlas,maka tiadalah tekanan dalam kerja kita.minda sihat,pahala pun dapat.

Motivasi Kerja 1:Fikiran mempengaruhi kejayaan dan kegembiraan

FIKIRAN MEMPENGARUHI SITUASI SEKELILING KITA SAMADA KITA GEMBIRA ATAU TIDAK

Adakah Anda gembira dengan diri Anda sendiri dan gembira dengan apa yang Anda buat, atau Anda tertekan?

Segala apa yang berlaku disekeliling Anda sebenarnya kesan dari pengaruh fikiran Anda, sama ada happy atau tidak dengan diri Anda dan apa yang Anda sedang lakukan.

Apabila Anda kurang happy dengan kerja Anda, kesannya setiap hari pada waktu kerja ada saja perkara yang membuat Anda tambah tidak happy (tidak gembira), ada saja benda yang tak kena, ada saja perkara yang menyakitkan hati Anda. By the end of the day, Anda merasa cukup tertekan!

Apabila Anda happy dengan kerjaya Anda, kerja Anda buat main-main (tapi siap juga), Anda selalu ‘make fun of things’, Anda happy go lucky dan tenang walaupun suasana cukup sibuk, Anda akan perasan suasana kerja Anda lancar saja, jarang timbul masalah, jarang berlaku perkara tidak disangka, semuanya relaks saja. Situasi itu terjadi kesan daripada fikiran Anda yang happy (gembira, tidak tertekan, tidak merasa tertekan).

Apa yang saya nukilkan ni digarap dari pengalaman sebenar saya dan kawan-kawan diSKBTHO, moga perkongsian pengalaman ni berguna untuk Anda.

Petuanya, tertekan camanapun, sibuk camanapun cari cara camana untuk Anda ‘make fun out of it’, cari cara macamana untuk riangkan hati dan perlu berlakon, cari cara untuk Anda ketawa (tanpa perlu ketawa sebab menyembunyikan duka).

Bunyinya agak kebudak-budakan sedikit, tapi percayalah trik ini berkesan. Always make fun to have fun, jadi stress pun gone!

Sebab tu saya belum pindah tempat kerja....:)


Sunday, December 12, 2010

Kenapa Kita Berniaga?

Apabila Anda berbisnes dan mahu memulakan bisnes, Anda perlu tanya diri Anda kenapa Anda mahu berbisnes.

Kenapa Anda memilih perniagaan sebagai sumber rezeki Anda?

Untuk apa Anda berniaga sebenarnya?

Kebanyakan orang tidak tahu tahu kenapa dia berniaga.

Jawapan mudah, dia berniaga sebab dia ikut orang lain berniaga. Dia nampak orang lain dapat duit dan buit, jadi dia pun mahu dapat duit serta mahu buat duit.

Usahawan yang ada motivasi tinggi adalah usahawan yang berniaga kerana minat.

‘Passion’ usahawan bermotivasi sebegini adalah pada proses menjalankan urusniaga dan kepuasan memberikan produk atau perkhidmatan yang bermanfaat buat pelanggan-pelanggan perniagaannya.
Untung menjadi perkara kedua kerana dia tahu, untung akan datang sendiri apabila pelanggan berpuas hati menggunakan produk atau perkhidmatan meiliknya.


Sebelum Anda menjadi usahawan, Anda mesti kena bersedia untuk bekerja keras.

Bagi saya, usahawan adalah orang yang sanggup berkorban untuk kebaikan diri orang lain.

Usahawan menjual produk dan perkhidmatan yang menjadi keperluan, maka wajarlah produk perkhidmatan itu berjaya memuaskan hati orang yang membelinya. Apabila si pembeli berpuas hati, dia pasti akan datang semula membeli, bahkan bertanya jika Anda produk lain yang boleh dia beli untuk mendatangkan kepuasan serupa seperti sebelum ini.

Menjadi usahawan tidak boleh asyik menunjuk-nunjuk, Anda berniaga bukan untuk bermegah, tapi untuk berkhidmat pada pelanggan perniagaan Anda.

Hakikatnya, apabila Anda memilih untuk menjadi seorang usahawan, Anda kena bersedia untuk berkhidmat.

Friday, December 10, 2010

Motivasi 19:Fikir Dan Buat

Anda ada banyak idea, saya percaya idea di kepala Anda selalu ada. Tapi, lihatlah tahap pencapaian Anda sekarang, adakah Anda semakin maju, masih di tahap lama atau masih tak maju-maju langsung?

Sekarang ini, tibalah masa untuk Anda majukan diri sendiri.

Jika Anda ada idea, tuliskan segera idea tu dan jangan biasakan diri hanya memain-mainkannya di fikiran. Bagi orang-orang berjaya, idea adalah aset paling berharga kerana idea membuat mereka mencapai lebih banyak kejayaan.

Saya perkenalkan Anda dengan mindset ‘fikir dan buat’, ringkasnya saya panggil sebagai mindset ‘F and B‘ (F&B)..er, bukan Food And Beverage ataupun Face and Book, Facebook!.

Fikir dan buat maksdunya, Anda terfikir satu idea (matlamat) yang Anda mahu capai, tuliskan idea tu (supaya Anda tak lupa), fikirkan strategi kemudian terus buat!

Motivasi Anda akan membara apabila Anda bergerak, yakni melaksanakan apa yang dirancang. Sentiasa fikir dan buat, fikir dan buat. Anda akan perasan yang motivasi Anda tetap membara.

Motivasi Anda tak akan membara bila mana Anda terfikir satu idea, Anda tulis kemudian tak buat apa-apa. Idea tu cuma sekadar idea (matlamat) tidak menyumbang apa-apa pada tahap kemajuan diri Anda.

Walaupun Anda berisiko menemui kegagalan, usaha lagi, yang penting Anda teruskan bergerak supaya motivasi dalam diri Anda terus menerus membara.

Cuba tengok bara api yang biasa di guna untuk bakar sate.

Bila bara api tu dah tak dikipas atau dah tak ditiup, makin malaplah kehangatannya, merahnya dah tak ada. Semakin di kipas atau semakin di tiup, kehangatannya ada, nyalannya merahnya terus menerus ada.

Saya percaya Anda ada potensi untuk mencapai kejayaan, cuma mungkin Anda kurang tindakan atau mungkin Anda sudah buat tindakan tapi menemui hasil yang salah.

Secara lumrahnya, untuk menembak satu sasaran dengan tepat kita perlu menembak lebih dari sekali. Begitu juga dalam proses berusaha merealisasikan matlamat.

Untuk membuat usaha kita menjadi usaha yang tepat hingga benar-benar membuahkan hasil, usaha perlu dilakukan lebih dari satu kali, berkali-kali, bahkan mungkin berpuluh kali.

Bersungguh-sungguhlah, walaupun payah,lambat,byk halangan.....teruskan usaha tanpa henti.....diakhirnya anda akan temui kejayaan.


wallhuaalam

Motivasi 18:Kejayaan adalah sesuatu yang dicipta, bukan terjadi secara kebetulan


Mark Zuckerberg mencipta kejayaannya menjadi jutawan dalam usia muda, begitu juga Irfan Khairi. Mereka berjaya dalam usia muda di dorong oleh satu perkara – keghairahan melakukan perkara yang menjadi minat, ia dipanggil ‘passion atau enthusiasm’.

Dari apa yang saya baca, Irfan Khairi meminati lukisan dan ‘creative design’. Mark Zuckerberg meminati pengaturcaraan komputer.

Facebook tetap jadi popular sedangkan ketika Facebook mula mendapat nama, internet sudah mempunyai berbagai laman sosial hebat seperti Friendster, Tagged, Myspace, Hi5, tak lupa laman-laman besar seperti Digg dan Delicious. Kerana apa Facebook popular?

Mark Zuckerberg berani memaparkan ciri-ciri keminatannya yang direka mengikut dia punya selera tanpa terikut-ikut dengan ciri laman web lain, lantas kelainan itu menjadikan (Facebook) berlainan dengan hasil laman web orang lain yang sudah gah menempa nama.

Saya dapati kejayaan hidup Irfan Khairi dan Mark Zuckerberg dicipta secara bertahap kesan dari sikap benar-benar menikmati keseronokan ketika melakukan apa yang mereka minat. Bacalah profail hidup Steve Jobs dan Anda akan tahu apa yang saya katakan ini betul.

Steve Jobs ditendang keluar dari kolej, tapi walaupun dia ditendang dari kolej , idea ‘gila’ Steve Jobs mengubah gaya hidup berbillion orang diseluruh dunia hari ini lantas menjadikan dia berjaya mengecapi tahap kejayaan yang lebih berjaya dari kejayaan-kejayaan dirinya sebelum ini. Dia memperkenalkan iPhone, iPad, iPod, produk-produk ‘bebudak’ yang tak pernah terfikir untuk dikeluarkan oleh pengeluar komputer lain.

Jadilah lain daripada yang lain, be different!

Anda sebenarnya dilahirkan untuk menjadi lain daripada orang lain tapi oleh kerana Anda mahu mendapat kawan dan mahu mendapat tempat di kalangan kawan-kawan Anda, Anda membentuk diri Anda menjadi sama dengan diri orang lain.

Untuk membentuk kejayaan Anda, Anda kena bentuk identiti sendiri, stail sendiri, bina jenama Anda sendiri, cipta gaya Anda tersendiri, cari apa ‘passion’ Anda. Kejayaan dicipta oleh apa yang menyeronokkan kita lalu kita jadikan keseronokan itu sesuatu yang bermanfaat untuk kebaikan orang lain pula.

"Kejayaan adalah sesuatu yang dicipta, bukan terjadi secara kebetulan"

Wallahualam..

Motivasi 17:Action is the Power

Kata orang ilmu adalah kuasa (knowledge is power). Bila Anda cuma banyak ilmu, Anda tidak dapat mempergunakan kuasa yang Anda ada untuk memajukan hidup. Anda hanya akan kekal di situ-situ saja.

Mempraktikkan ilmu melalui usaha, itulah akan memajukan hidup Anda. Carilah ilmu, pelajarinya, fahaminya, buat apa yang Anda pelajari kemudian lihat hasil usaha Anda.

Hasil usaha Anda masih belum berapa OK? Tambah lagi ilmu, pelajari lebih banyak, fahami lebih dalam, usaha dengan lebih bijak dari sebelumnya. Kali ni, jangan gunakan strategi lama tapi fikir strategi baru kemudian buat.

Usaha jadi lebih berhasil apabila di dorong oleh ilmu. Jangan hanya sekadar tahu banyak. Gunakan pengetahuan yang Anda ada untuk berusaha dengan lebih banyak!

Doronglah diri sendiri ke arah mencapai cita-cita Anda.


Kata orang, knowledge is power.

Realitinya, action is the power.

Tindakan konsisten adalah lebih berkuasa daripada pengetahuan yang banyak. Tindakan yang dijana oleh pengetahuan, makin bertambah-tambah berkuasa jadinya.

Dalam usaha anda memperbaiki diri sendiri, rajin-rajinkanlah menimba ilmu. Niatkan menimba ilmu untuk tahu lebih banyak kerana Allah, kemudian untuk tahu langkah apa perlu dibuat seterusnya.

Ilmu ibarat penyuluh hidup, tapi tindakanlah yang akan menjadi seperti minyak menjadikan api suluhan itu menyala sepanjang masa. Ilmu hanya pemula, tindakanlah penyudahnya.

Ilmu yang Anda ada, aplikasikan ia untuk memperbaiki diri Anda. Anda sentiasa perlukan ilmu untuk maju.

Ilmu ada di mana-mana, tak semestinya terhad di universiti saja, di kolej atau di sekolah. Kenal pasti bidang apa yag Anda mahu maju kemudian galilah sebanyak mungkin ilmu berkaitan bidang itu.

Anda tak akan maju-maju jika hanya Anda berilmu tapi tidak menggunakan ilmu untuk menjana tindakan Anda. Anda perlukan ilmu supaya Anda boleh merancang strategi lebih bagus.

Pencapian Anda tidak akan jadi semkain bagus apabila Anda banyak bertindak tapi tidak dijana oleh ilmu, kesannya Anda rajin tapi hasil kerajinan Anda tidak seberapa.

Untuk mengelak masalah ini dari berlaku, dahulukan mencari ilmu sebelum membuat tindakan.

Jangan bertindak tanpa di dahului ilmu, kelak hasilnya tidak seberapa, mungkin juga tidak ada hasil langsung.

Wallahuallam


Motivasi 16:

7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif adalah:

1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.

Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.

Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.

Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.

Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.

Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.

Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.

Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.

Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.

Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.

Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Motivasi 16:

7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif adalah:

1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.

Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.

Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.

Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.

Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.

Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.

Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.

Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.

Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.

Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.

Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Motivasi 15:

4 petanda bagaimana nak kenal pasti pemikiran negatif dalam diri seseorang:

1. Lihat pada kata-katanya.

Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih lum mencapai apa-apa kejayaan hebat.

2. Lihat pada perbuataannya.

Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka mengomen, mengomplen dan mengkritik.

3.Lihat pada hidupnya.

Pemikiran negatif menjadikan dia tak ada inisiatif nak mencapai kejayaan, kebahagiaan juga ketenangan. Orang berpemikiran negatif masih tak dapat mencapai apa-apa sebab dia terlalu sibuk mengambil tahu hal orang lain dari sibuk memajukan diri sendiri. Hidupnya bermasalah, dengan pasangan hidupnya ada saja yang tak kena.

4. Bila di tegur, dia melenting pula.

Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran.

Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.

Motivasi 14:Buat 4 perkara tinggal 4 perkara

Laksanakan 4 perkara supaya kita terselamat dari seksaan kubur dan moga ketika kita mati, kita dimatikan dalam situasi yang baik-baik bukan dalam kemalangan atau dalam tragedi buruk yang tak disangka-sangka.

Laksanakan 4 perkara berikut:

  1. Banyak bersedekah.
  2. Menjaga waktu sembahyang.
  3. Kerajinan membaca Al-Quran lalu memahami isi kandungannya.
  4. Kerajinan bertasbih dan berzikir (dapat menerangkan dan melapangkan kubur yang akan kita diami nanti).

Tinggalkan:

  1. Sikap suka berdusta, membuat-membuat cerita dan sikap berbohong.
  2. Sikap khianat, mungkir janji.
  3. Sikap suka mengadu-ngadu.
  4. sikap suka membuang air kecil sembarangan, terutama orang lelaki.

Motivasi kali ini lebih kepada motivasi keIslaman, sesuai dengan sambutan 1 Januari 2010. Pada hari tahun baru sebegini, wajarlah kita mengingati mati sebab dari setahun ke setahun kita akan makin dekat dengan mati.

Motivasi 13:

Kata-kata motivasi Aa Gym:

“Segala pekerjaan di nilai dari amalan hatinya. Itulah kaitan pekerjaan dengan amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya.

Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah, tetapi untuk mendapat pujian atau bagi menyaingi orang lain, amalannya tidak bernilai dan tidak bererti lagi. Ketahuilah, niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas.”

Kata-kata motivasi ni dipetik dari buku motivasi kecil bertajuk Menjadi Muslim Terbaik terbitan PTS Millenia, di muka surat 31.

Untuk kita bermotivasi hari ini, kita boleh mulakan dengan memberitahu diri kita di dalam hati: “aku mau bermotivasi hari ini” ataupun “aku mau bersemangat hari ini”.

Niat yang kecil dan ringkas boleh memberi impak yang sangat besar dalam diri Anda sepanjang hari.

Motivasi 12:

“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.

Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

17 bahaya lidah adalah:

  1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
  3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
  5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
  7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  11. suka menghina orang lain.
  12. menyebarkan rahsia.
  13. berjanji lalu mendustai janji itu.
  14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  17. memuji yang melampau-lampau.

Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.


Motivasi 11:

“Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati” – Dr Tuah Iskandar, dipetik dari buku motivasi Jom Jaguh muka surat 159.

Ini dipanggil konsistensi.

Kita berterus-terusan berusaha mencapai apa yang kita mahukan.

Syaratnya, kita tidak merubah-ubah kemahuan kita.

Capai dulu satu kemahuan baru berubah kepada kemahuan yang lain.


“Exercising our brains systematically ways is as important as exercising our bodies. In my experience, “Use it or lose it” should really be “Use it and get more of it”.- Dr. Elkhonon Goldberg.

Dr. Elkhonon Goldberg adalah pakar kajian minda yang terkenal dari fakulti perubatan, Universiti New York juga merupakan professor bidang neurology di universiti yang sama. Dia terkenal dalam bidang neuropsychologist iaitu bidang yang mengkaji kaitan antara minda dan kejayaan manusia.

Lebih banyak kita menggunakan minda kita, maka lebih kuat minda kita jadinya.

Lebih banyak kita gerakkan minda, lebih banyak kita mendapat manfaatnya. Kita akan jadi makin berjaya.

Lebih banyak kita tak gunakan minda dan tak menerokai kelebihan-kelebihan minda, kita tak akan ke mana-mana, tak berjaya mencapai apa-apa, tak dapat mengubah apa-apa di dalam hidup kita.

Manfaat paling ketara, Anda mudah untuk mengingati sesuatu, Anda mempunyai gerak hati yang kuat, Anda dapat memberi cadangan yang bernas yang jauh lebih bernas dari cadangan-cadangan lain.

Imaginasi Anda akan jadi semakin tinggi hingga menyebabkan Anda boleh membayangkan sesuatu yang sukar untuk dibayangkan oleh orang lain, maksud saya Anda boleh melihat sesuatu output yang belum dapat dibayangkan oleh orang lain. Disebabkan itu, orang lain akan menganggap Anda seseorang yang penting.

Mereka menjadikan Anda menjadikan Anda orang penting yang mesti ada tiap kali nak buat apa-apa keputusan. Ini membangkitkan kuasa pengaruh, menjadikan mereka hormat pada Anda.

Bangunan menara berkembar Petronas, Litar F1 Sepang, CyberJaya, Wawasan 2020 dimulakan oleh seorang lelaki yang banyak menggunakan mindanya, Dr Mahathir Mohammad.

Untuk kita membina kecemerlangan diri, banyak-banyakkan guna minda kita.

Banyakkan membaca, banyakkan berfikir cemana nak memajukan diri, banyakkan menafsir perkara-perkara yang kita lalui dan yang kita lihat setiap hari. Setiap situasi, benda dan perkara mesti ada motivasi tersirat disebaliknya.

Motivasi 10:

“Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu”. – Rusdin S. Rauf, penulis buku Quranic Law Of Attraction.

Fikir bukan sehari dua tapi haru sepanjang masa.

Apa yang kerap kita fikirkan, apa yang paling banyak kita fikirkan, itulah yang akan jadi.

Selalulah berfikir pasal kecemerlangan kita di masa hadapan.

Bayangkan selalu kecemerlangan yang kita idamkan seolah-olah ia sudah berlaku saat ini. Rasainya seolah-olah ia benar-benar terjadi.

Dengan itu, kita mampu menempuh apa saja kegagalan, permasalahan dan dugaan walau cemanapun susahnya.

Motivasi 9:

“For changes to be of any true value, they’ve got to be lasting and consistent” – Anthony Robbins

“Untuk sesuatu perubahan menjadi perubahan yang bermakna, perubahan itu perlulah tahan lama dan konsisten”

Kita perlu berubah setiap hari menjadi semakin baik.

Kemudian, pertahankan perubahan dan jangan pernah beralih semula ke perangai lama.

No turning back!

Jika dulu kita seorang perokok, bila sudah tinggalkan sikap suka merokok, jangan pula kita menjadi perokok semula seperti dulu.

Perubahan yang kita bina tak akan memberi makna apa-apa jika begitu.

Motivasi 8:

“If we do more than we paid for, we will be paid with more than what we do”
- Zig Ziglar-

“Kalau kita kerjakan lebih daripada yang dibayarkan, akhirnya kita akan dibayar lebih daripada yang kita kerjakan”

Cuba ingat balik hukum sebab dan akibat.

Lebih banyak kita beri, lebih banyak kita akan dapat semula sebagai pulangan.

Apabila kita melakukan sesuatu lebih dari tahap yang diharapkan, lebih dari yang orang sangkakan, maka kita akan menerima ganjaran lebih banyak dari yang sepatutnya kita dapat di masa akan datang.

Syaratnya, berilah tanpa pernah mengharap untuk dibalas (sedikitpun!).

Berbuat baiklah tanpa pernah mengharap balasan, sekadar hanya mahu banyakkan memberi – memberi pertolongan, memberi idea, memberi buah fikiran, memberi sedikit kewangan, memberi sumbangan tenaga, memberi ilmu.

Apabila kita mengerjakan sesuatu tugasan lebih dari jumlah gaji yang dibayar pada kita, satu masa nanti pasti kita akan menerima pulangan lebih banyak dari gaji asal yang sepatutnya kita terima.

Janji, lebihkan memberi, lupakan menerima, cuma fokuskan usaha pada memberi.

Kata-kata motivasi kali ini ngam di aplikasikan sebagai motivasi kerja.


“The person who gets the farthest is generally the one who is willing to do and dare”
-Dale Carnegie

“Orang yang dapat pergi lebih jauh adalah orang yang sanggup bersusah payah dan berani.”

Kata-kata motivasi kali ni memberi penerangan jelas bahawa kejayaan hanya dapat di raih oleh orang yang sanggup bekerja keras dan berani.

Berani tu adalah sanggup menjadi lain daripada yang lain.

Orang berusaha sikit, kita usaha banyak.

Orang kerja sikit-sikit, kita kerja banyak-banyak!

Tak semua orang sanggup berani mahu berjaya, sebab hampir semua tahu kegagalan tu peritnya bagaimana.

Motivasi 7:

“One reason so few of us achieve what we truly want is that we never direct our focus; we never concentrate our power. Most people dabble their way through life, never deciding to master anything in particular.” – Anthony Robbins.

Kita sebagai manusia mempunyai sikap tamak. Kita mahu mencapai berbagai kejayaan dalam satu masa.

Fokus kita jadi bercelaru.

Kejayaan bolkeh diraih apabila memfokuskan tenaga, usaha dan ilmu kepada satu perkara dalam satu masa sahaja, walaupun kita mengusahakan 2 perkara sekaligus.

Kuasai sesuatu, kemudian jadilah orang yang dikenali sebagai pakar dalam bidang itu, walaupun kita menceburi dua bidang berlainan.

Motivasi 6:

“Sebenarnya, setiap orang mampu mencari penyelesaian terbaik dalam hidupnya. Namun, kadang-kadang fikiran dan perasaan kita menjadi buntu. Ini kerana fikiran dan perasaan kita tidak tenang. Fikiran kita keliru dan terlalu di bebani masalah. Kita tidak dapat berfikir dengan jelas.

Sedikit sahaja memikirkan masalah, kepala kita sudah terasa berat, pening dan tertekan. Apabila sudah jadi begini, secerdas manapun kita, tentu tidak dapat mencari jalan penyelesaian terbaik. Kita perlukan ketenangan yang diperolehi melalui solat dan sabar.” – Rusdin S. Rauf,

Kata-kata motivasi ini dipetik dari buku Quranic Law Of Attraction, halaman 112.

Motivasi 5:jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi

Banyakkan berkomunikasi dnegan diri Anda sendiri. Tahu tak orang-orang berjaya sentiasa bercakap-cakap dengan diri sendiri?

Bacalah kisah lagenda tunju terkenal, Mohammad Ali, Anda akan tahu bagaimana cakap-cakapan pada diri ini benar-benar memberi suntikan motivasi.

Jadilah penginspirasi buat diri Anda juga buat orang lain di sekeliling Anda. Apabila mereka tidak mengendahkan Anda, buat ‘donno’ dengan kata-kata inspirasi Anda, jangan ambil hati dan jangan mudah melatah.

Dah mereka tak berinspirasi oleh kata-kata Anda. Mereka bersikap skeptik. Jadi biarkan saja.

Itulah bukti yang mereka adalah pengkonspirasi.

Sebab? Mereka langsung tidak dipengaruhi oleh kata-kata inspirasi. Mereka hanya akan terpengaruh oleh cerita-cerita panas berbau konspirasi.

Yang penting Anda kena inspirasikan diri sendiri. Usaha memburu kejayaan banyak halangannya, penting untuk Anda kekal berinspirasi supaya Anda terus rajin berusaha.

Tanpa inspirasi, Anda akan kehilangan motivasi. Tanpa motivasi, satu apapun tak menjadi.

Elak untuk terlibat dengan politik pejabat, politik di tempat kerja atau apa saja hal-hal konspirasi., umpatan dan caci-makian.

Konspirasi adalah sesuatu yang bersifat negatif, sebab seseorang cuba untuk menjatuhkan serta memburuk-burukan dari belakang.

Sikap sebegini tidak baik untuk fikiran Anda.

Sentiasa beringat dengan kata-kata ini: “jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi“.

Motivasi 4:

“I am a success today because I had a friend who believed in me and I didn’t have the heart to let him down…” – Abraham Lincoln

Apabila Anda menjumpai seorang rakan yang percaya pada kebolehan Anda, bakat Anda dan nampak potensi Anda untuk menjadi orang berjaya, kawan macam ni la yang Anda jaga sentiasa. Dia seseorang yang amat berharga kerana dia akan menjadi booster motivasi Anda.

Dalam usaha memburu kejayaan, Anda akan sentiasa memerlukan sokongan daripada orang lain di sekeliling Anda – ibu bapa, pasangan hidup Anda, kawan Anda. Mendapat sokongan penuh dari seorang kawan sudah cukup untuk membuat Anda bermotivasi.

Cari kawan yang nampak potensi diri Anda untuk menjadi orang berjaya. Jauhkan diri kawan yang suka mengkondem Anda dan yang mentertawakan impian Anda.

Motivasi 3:

“If I had eight hours to chop down a tree, I’d spend six hours sharpening my ax” – Abraham Lincoln.

Maksudnya, “jika saya ada 8 jam untuk bekerja menebang pokok, saya akan peruntukkan 6 jam untuk mengasah kapak saya“.Menebang pokok adalah tamsilan pada usaha menuju kejayaan, manakala menajamkan kapak adalah perumpamaan kepada perbuatan menahbahkan serta menambah baik kemahiran sedia ada.

Berusaha menuju kejayaan memerlukan ilmu. Jika Anda ada 8 jam untuk bekerja, Anda perlukan 6 jam untuk mencari ilmu. Dalam pada itu Anda kena mengasah bakat Anda serta menambah baik kemahiran Anda.

Jika nak menjadi orang berjaya, Anda kena di pandu oleh ilmu. Untuk apa? Supaya Anda tahu apa yang Anda perlu lakukan. Sebab lain, Anda perlukan ilmu supaya usaha yang Anda jalankan benar-benar mendatangkan hasil, tak lah menjadi seperti orang yang rajin berusaha tapi hasilnya langsung tak ada.

Anda perlu ‘work hard in smart way’. Bekerja raji dengan cara pintar, tahu apa yang perlu di lakukan, kemudian rajin berusaha pada cara yang benar-benar mendatangkan hasil banyak.

Motivasi 2:

“If you look for the bad in people expecting to find it, you surely will.” Abraham Lincoln

Maksudnya, jika Anda mencari sesuatu yang buruk dalam diri seseorang dan Anda menyangka akan menjumpai hal-hal buruk pada diri orang itu, maka itulah yang Anda akan dapat.

Anda akan jumpa perkara-perkara buruk dalam hidup Anda juga.

What you see in people is what you get for yourself!

Baik buruknya Anda lihat pada orang lain itu jugalah yang Anda akan dapat dalam hidup Anda.

Bila Anda memandang buruk pada seseorang Anda akan bertemu dengan situasi-situasi buruk, perkara-perkara buruk, orang-orang berperangai buruk serta seringkali di timpa hal-hal buruk.

Kenapa ini semua terjadi pada Anda? Sebab minda Anda di dominasi oleh hal-hal buruk.

Jadi, minda Anda terbetuk untuk menarik yang buruk-buruk saja ke dalam hidup Anda. Ini akan menyusahkan Anda dalam jangka masa panjang!

Anda sepatutnya menggunakan minda untuk menyenangkan Anda, bukan untuk menyusahkan Anda.

Pandanglah setiap orang sebagai orang yang memiliki potensi besar untuk menjadi orang berjaya tak kira siapapun mereka.

Pandanglah orang-orana di sekeliling Anda sebagai insan yang layak untuk berjaya bahkan amat berpotensi untuk berjaya jika berusaha.

Bila Anda memandang baik pada orang lain minda Anda akan di dominasi oleh hal-hal baik.

Kesan dari itu minda Anda akan banyak menarik hal-hal baik masuk ke dalam hidup Anda kerana fikiran Anda bertindak menjadi doa.

Hal-hal baik itu adalah kecemerlangan, kejayaan, kebahagiaan, situasi-situasi yang menggembirakan.

Hormati sesiapa saja yang ada di depan mata Anda, walau dia cuma tukang sapu sekalipun!

Motivasi 1:

“Setiap orang punya potensi sama untuk berjaya. Cara mereka menghandle masalah dan mengharungi kegagalan itu yang menjadikan mereka cukup berbeza hingga memilih untuk jadi orang tidak berjaya”

Anda memang ada hak untuk berjaya.

Dalam hidup ni bila sudah nekad nak berjaya, pasti akan ada saja halangannya. Orang berjaya menangani masalah tanpa mengubah fokus mereka untuk memburu kejayaan.

Orang biasa menangani masalah dengan mengubah fokus dari kejayaan kerana merasai ia sukar untuk dicapai. Lebih baik jadi biasa-biasa saja. Janji tenang dan tak pening kepala.

Kebanyakan orang terperangkap dalam mindset ‘biasa’ kerana tidak mahu berusaha keras seperti orang berjaya, sedangkan mereka miliki potensi yang sama seperti orang berjaya tadi.

Bagaimana menggunakan minda separa sedar sebagai ‘tools’ untuk mengubah hidup Kita

Bagaimana menggunakan minda separa sedar sebagai ‘tools’ untuk mengubah hidup Anda? Cemana nak buat?

Syarat utama, tetapkan apa cita-cita Anda.

Cara ini hanya berkesan untuk satu matlamat pada satu masa.

Imaginasikan apa yang Anda mahu capai.

Rasainya, seolah-olah ia sudah ada sekarang ini.

Dalam The Secret, ini dipanggil Ask (tanyadiri Anda apa yang Anda mahu).

Percayai apa yang Anda mahu tu sudah ada.

Hadirkan kepercayaan itu dengan membayangkan apa yang Anda mahu capai sejelasnya, bayangkan selalu sepanjang masa.

Mulanya minda Anda akan menolak tapi bila Anda sudah bayangkan selalu, Anda akan merasa selesa tatkala melakukan bayangan imaginasi.

Minda separa sedar sensitif pada bayangan imaginasi yang jelas, gambaran minda berbentuk video serta perasaan Anda ketika Anda membayangkan imaginasi tu.

Bayangkan apa yang Anda mahu sudah Anda sekarang ni.

Rasai cemana gembiranya Anda ketika sudah mendapat apa yang Anda mahu.

Mesti hepi kan?

Tahap ini dipanggil Believe (percaya itu milik Anda dan sedang menuju pada Anda).

Rasainya sama seperti Anda meminta sesuatu kemudian ia dijanjikan untuk diberi Anda, memang Andalah yang akan terima bukan orang lain.

Contoh, kawan Anda berjanji untuk memberikan Anda RM100 esok. Anda merasa sungguh gembira sebab Anda akan menerima RM100 tu esok!

Anda tak sabar, Anda jadi teruja, gembira bukan kepalang.

Langkah seterusnya, rasai kegembiraan itu secara berpanjangan. Ini dipanggil Receive (bersedia menerimanya bila-bila masa di dunia sebenar).

Cara ini tidak akan berkesan jika ada keraguan, walaupun cuma sebesar zarah.

Thursday, December 9, 2010

Menguatkan daya tarikan kuasa minda separa sedar

4 perkara yang menguatkan daya tarikan kuasa minda separa sedar tu adalah:

1.matlamat yang ditulis dengan jelas dan TIDAK DIUBAH.
2.gambaran mental yang diulang-ulang
3.emosi positif yang dimasukkan ke dalam gambaran mental
4.kemahuan membara yang amat kuat

Anda perlukan keempat-empat elemen ni untuk menguatkan keupayaan minda separa sedar Anda menarik apa yang Anda mahukan – tak kiralah apa dia – misalnya kenaikan pangkat, kejayaan mencapai skor tinggi dalam kelas, kejayaan menemui pasangan hidup, kejayaan membeli kereta idaman, mendapat untung berterusan dalam perniagaan atau kejayaan mendapat kerja yang bagus serta sesuai dengan minat Anda.

Tutupkan mata selama 5-11 minit, bayangkan seolah-olah Anda dah dapat apa yang Anda mahukan. Bayangkan yang Anda gunakannya sekarang, bagaikan ia dah berada di sisi Anda, dilihat, disentuh dengan jelas.

Lakukan latihan ni sekerap mungkin diringi emosi yang tenang, di saat suasana persekitaran Anda tenang.

Keburukan sikap membaca berita di awal pagi pada kuasa minda separa sedar

Elak membaca berita di awal pagi kerana berita-berita yang kita baca boleh membangkitkan berbagai emosi negatif seperti kemarahan, geram, meyampah atau tidak puas hati. Semua emosi-emosi negatif ni mempengaruhi diri kita lalu diserap masuk oleh minda separa sedar kita.

Kesannya, kita akan terdorong untuk beremosi negatif dari pagi sampai ke malam. Kita tak perasan semua ni sebab kita rasa perubahan tu sesuatu yang normal.

Bila sudah beremosi negatif, kita akan terdorong untuk berkata hal-hal yang negatif diringi ayat-ayat negatif seperti memaki-maki. Kita akan cepat naik marah tak semena-mena.

Marah tu adalah sikap negatif didorong oleh emosi negatif, dipengaruhi oleh gelombang minda negatif yang dijana oleh pemikiran negatif.

Kebiasaan membaca surat khabar di awal pagi dan mengikuti perkembangan berita di awal pagi membentuk minda separa sedar Anda menjadi negatif. Anda akan jadi kurang bermotivasi bahkan cepat tertekan di dalam situasi-situasi tertentu.

Minda separa sedar akan mengeluarkan aliran tenaga negatif lantas menarik situasi-situasi negatif masuk ke dalam hidup Anda. Anda akan selalu dirundung malang secara tiba-tiba juga ditimpa masalah berat yang tak diduga.

Semua ni berlaku secara kebetulan. Tak habis satu masalah datang lagi masalah berikutnya satu persatu, saling berkait.

Kesan lain, Anda mungkin kurang mencapai tahap-tahap kemajuan dalam hidup Anda walaupun Anda boleh mengawal emosi Anda menjadi tenang sentiasa.

Cakapan negatif akan membuat situasi-situasi negatif muncul dalam hidup Anda. Bila situasi negatif sudah muncul, ia akan menjadi penghalang besar buat Anda dalam usaha memburu kejayaan.


Teknik Menguatkan Minda Separa Sedar

4 teknik asas bagaimana menguatkan minda separa sedar:

Teknik 1: Banyakkan Berimaginasi.

Selalulah imaginasikan sesuatu. Bayangkan sepertimana Anda menonton filem. Lihat dengan jelas wajah orang-orang yang ada dalam imaginasi Anda, bayangkan suasananya dengan jelas seperti sedang menonton sebuah filem. Jika Anda rasa susah nak berimaginasi, banyakkan membaca.

Teknik 2: Banyakkan berfikir.

Lebih banyak Anda gunakan tenaga mental, minda separa sedar akan jadi lebih kuat sebab ia dikerah untuk mengeluarkan idea-idea bagi penyelesaian masalah. Sama seperti otot fizikal. Makin banyak otot digunakan untuk mengangkat beban berat, makin kuatlah otot tu dan makin pejal. Banyakkan berfikir, cuma jangan berfikir tatkala tertekan. Berfikirlah dengan emosi tenang untuk menguatkan minda.

Teknik 3: Selalulah bersihkan hati, sebersih yang Anda boleh.

Hati mempengaruhi minda separa sedar. Jika hati kotor, minda separa sedar akan jadi kotor. Kesannya Anda akan cepat rasa ragu, gusar serta risau. Banyakkan zikir sebab ia dapat membersihkan hati, doublekan dengan amalan beristighfar.

4. Latih diri bertenang sepanjang masa.

Be cool. Minda separa sedar menjadi kuat apabila emosi Anda tenang. Minda akan makin bertambah-tambah kuat apabila Anda bertambah-tambah tenang.

Kita Ada kekuatan

Kita patut sedar kita ni ada kekuatan.

Apa bakat kita, apa kemahiran kita, apa keunikan kita, itulah yang dinamanakan kekuatan.

Anda menjadi ‘kuat’ apabila Anda merasa yakin dapat mencapai satu pencapaian hebat.

Apabila Anda berushaa untuk mencapai sesuatu kemudian Anda gagal, kegagalan yang berlaku akan banyak menyentap semangat Anda.

Anda akan kehilangan inspirasi. Emosi Anda down.

Jika Anda melalui situasi sebegini, jangan mulakan apa-apa usaha baru. Pergilah bercuti seketika, rehatakan minda dan beri masa pada emosi Anda untuk pulih semula.

Cemana nak tau emosi Anda dah pulih?

Emosi Anda akan pulih apabila Anda ada semangat nak mencapai matlamat yang Anda nak set seterusnya selepas matlamat yang terdahulu gagal di capai.

Kat sinilah kita kena selalu beri semangat diri sendiri dengan membisikkan di dalam hati yang kita ni ada kekuatan tersendiri, ada kelebihan tersendiri cuma kita saja yang belum jumpa apa kekuatan kita tu.

Tiap kali Anda merasa tertekan berdepan cabaran hebat, beri sedikit masa untuk emosi Anda bertenang.

Emosi yang tenang akan membuat Anda bertindak dengan tepat.

Emosi yang tertekan akan membuat Anda bertindak dengan penuh kelam kabut yang akhirnya akan membuat Anda melakukan banyak kesilapan.

Bila kesilapan dah banyak dilakukan, kesannya Anda akan jumpa banyak kegagalan-kegagalan kecil.

Oleh itu, jangan pernah merasa diri Anda kecil berbanding orang lain disekeliling Anda.

Kegagalan sebenarnya mendidik Anda supaya Anda tahu cara yang betul.

Kegagalan sebenarnya petunjuk untuk Anda cari teknik yang betul supaya dari situ Anda mendapat apa yang Anda mahukan.

Masalahnya, kita ni nak hasil cepat lepas tu bila hasilnya tak cepat kemudian gagal pula, kita merasa sakit hati.

Inilah kekurangan kita yang kadangkala men’down’kan kita.

Kita kena mengawal rasa sakit hati supaya kita dapat berusaha lagi.

Kebanyakan dari kita, bila dah sakit hati, malas nak berusaha lagi sebab takut merasa makin sakit hati.

Oleh mengelak diri kita dari dikuasai rasa sakit hati, kita kena fokuskan kepada ‘output’ – iaitu apa yang kita boleh hasilkan, apa yang kita nakkan.

Amalkan teknik ni pada diri Anda kemudian rasai kesannya.

Motivasi Ada Dimana-Mana

Buka mata dan lihatlah! Motivasi boleh Anda dapat cetusannya dari seorang tukang sapu, dari seorang pemandu bas even dari seorang pengutip sampah yang cukup rajin! Apa motivasi yang kita boleh gali dari diorang?

Setiap daripada mereka sanggup melupakan tidur yang enak semata-mata untuk bangun awal, keluar dari rumah mencari rezeki. Mereka sanggup melakukan kerja-kerja bertahap rendah kerana mereka sudah tidak ada pilihan dan mereka kena melakukan kerja tu dengan hebat sekali. Bila mereka sudah selalu melakukan kerja tu dengan hebat, mereka rasa seronok sebab mereka rasa ‘thrillnya’. Dari keseronokan melakukan kerja, diorang mula jatuh cinta ngan kerja tu walaupun ia kerja bertahap rendah.

Cetusan motivasi Anda akan menjadi semakin meninggi apabila Anda rajin meneliti keadaan di sekeliling lalu menafsirnya. Bila dah selalu buat, Anda akan perasan yang Anda tak pernah kekeringan sumber inspirasi sebab inspirasi Anda ada kat mana-mana!

Setiap perbuatan orang yang Anda lihat pasti akan membuat Anda jadi bersemangat. Seseorang yang mahu berjaya pasti akan menganggap setiap benda, situasi, perkara dan orang-orang yang ada disekelilingnya sebagai penyuntik motivasi walaupun dia berdepan dengan masalah besar yang menjadi penghalang sekeras besi.

Motivasi Dengan Alam & Tumbuhan

Tahukah Anda bila kita selalu dekat dengan pokok, kita akan rasa tenang, bersemangat dan penuh dengan inspirasi? Mungkin Anda kurang menyedari hal ini.

Kita jadi bersemangat apabila kita selalu hampir pada alam terutama hampir dengan pokok dan rumput-rumput hijau. Orang-orang Barat cepat mencapai kemajuan kerana mereka suka bersantai di taman bersama keluarga. Dekat pada pokok-pokok dan alam semulajadi menjadi kebiasaan buat mereka.

Oleh kerana mereka dekat dengan alam, fikiran mereka jadi lebih positif sebab mereka merasa tenang sentiasa sedangkan ramai daripada mereka bukan beragama Islam seperti kita. Dari fikiran positif, tindakan mereka lebih banyak mengarah kepada tindakan positif lantas membuat mereka banyak mencapai pencapaian-pencapaian positif.

Pokok mempunyai tenaga positifnya tersendiri. Tenaga positif ini dipanggil ‘prana’.

Tiap kali kita duduk berhampiran pokok atau kita duduk 30-60 minit di bawah pokok yang besar, sedar tak sedar tubuh kita menyerap pancaran tenaga positif yang terpancar dari pokok melalui kulit tubuh kita. Kesannya, fikiran kita berubah jadi tenang dan kita berada dalam emos santai.

Bila kita sudah tenang dan santai, kita jadi bersemangat. Bila sudah bersemangat, rasa gusar, risau dan tertekan hilang tiba-tiba.

Masalah yang kita fikirkan nampak penyelesaiannya. Fikiran yang berserabut seolah-olah jadi ‘ringan’ tak semena-mena.

Tiap kali Anda berasa resah, gelisah, hati terluka, bawa diri Anda duduk bersendirian di bawah pokok. Tak jumpa pokok yang besar, cari pokok yang rimbun dan dekatkan diri Anda pada pokok tu terutama di taman-taman yang suasananya tenang.

Lebih kerap Anda berada hampir dengan pokok, lebih bermotivasilah Anda. Ni satu terapi diri yang baik, mudah dan murah.

Kawal minda separa sedar untuk kita kawal emosi

Mengawal minda separa sedar bukanlah kerja orang psikik saja. Kita yang nak berjaya ni pun, kena tahu bagaimana untuk mengawal minda separa sedar kita supaya dengan itu kita ada kawalan penuh pada hidup kita sendiri.

Tak kiralah kita ni student ke, suri rumah ke, ibu tunggal ke, kerani biasa ke, cikgu ke, golongan professional ke, asal kita ada nak berjaya, kita kena belajar bagaimana untuk mengawal minda separa sedar supaya dengan itu kita dapat memunculkan berbagai kecemerlangan dalam hidup kita.

Bagaimana pula kita nak mengawal minda separa sedar?

Ada berbagai cara. Namun, cara paling asas adalah dengan mengawal emosi.

Kawal emosi, biar tenang sentiasa.

Elak dari asyik marah-marah, tertekan ataupun kurang selesa dengan diri sendiri. Dalam apa jua keadaan, hadapinya dengan tenang. Cakapkan hanya yang positif, fikirkan hanya yang positif, bersangka hanya yang positif.

Jika hidup Anda dirundum masalah, besar atau kecil, elak untuk bercakap mengenainya.

Elak untuk berfikir mengenainya.

Bila Anda sudah mahir mengawal emosi, Anda akan semakin mahir mengawal minda separa sedar.

Selepas itu, Anda sudah boleh mengawal situasi-situasi yang datang dan pergi dalam hidup Anda. Kita sudah tidak boleh mengubah situasi-situasi lepas yang dah berlaku. Tapi kita masih boleh mengubah situasi masa depan dengan mencorakkannya di minda separa sedar kita juga di fikiran kita mulai hari ini.

Elak untuk menyimpan rasa kesal atau menyesal atas kesilapan lalu. Itu semua dan tak boleh diubah.

Minda sedar dan minda separa sedar

Minda sedar adalah bahagian minda yang mengawal aktiviti sedar kita, iaitu pergerakan tubuh, perkataan dan perbuataan yang kita boleh kawal sepenuhnya. Kita boleh pilih sama ada nak buat atau tak nak buat.

Minda separa sedar pula adalah bahagian minda yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh diluar kawalan penuh kita. Minda separa sedar mengawal denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, dan pemikiran. Minda separa sedar buat kerja tanpa kawalan kita.

Mungkin anda tak tahu, emosi kita, perasaan, idea-idea dan segala ilham, semua tu datang dari minda separa sedar. Kita tak boleh kawalsebab ia akan muncul begitu saja. Kita hanya boleh minta pastu tunggu untuk dia keluar.

Minda separa sedar berfungsi dengan cukup baik sekali di kala suasana tenang dan di kala kita sedang relaks. Pada ketika itu juga, Anda boleh mempengaruhi minda separa sedar dengan berimaginasi atau mengucapkan kata-kata pada diri (di dalam hati) dengan penuh bersahaja.

Jika anda meneliti orang-orang yang berjaya, kebanyakan daripada mereka tenang-tenang saja, tak menggelabah dan tak cepat panik. Diorang OK, steady dan santai walaupun berada dalam situasi penuh kelam-kabut.

Bila Anda nak berjaya dalam apa yang Anda lakukan sekarang ni, Anda perlu belajar bagaimana untuk memanfaatkan minda separa sedar supaya menarik apa yang Anda mahukan.

Kita akan belajar membuat minda tau apa yang kita mahukan melalui imaginasi. Dengan banyak mengimajinasikan apa yang kita mahu, minda separa sedar kita akan faham itulah apa yang kita mahukan.

Mulai sekarang, hati-hati dengan apa yang selalu Anda fikirkan dan apa yang selalu Anda bayangkan kerana itulah yang akan dijelmakan oleh minda separa sedar Anda ke alam realiti.


Minda separa sedar – sembahyang sebagai meditasi

Dalam usaha kita nak mencapai kejayaan, kita kena banyak belajar tentang minda separa sedar dan mengkaji bagaimana minda separa sedar berfungsi. Kita kena mengkaji cemana nak mengawal aliran kuasa minda, bukan kita yang dikawal oleh aliran tenaga minda separa sedar kita sendiri.

Minda separa sedar sensitif pada emosi. Sebab itulah untuk membuat minda separa sedar menarik apa yang kita mahukan, kita kena menjaga emosi. Kena sentiasa beremosi baik sepanjang masa, tiap saat, tiap ketika. Orang-orang berjaya bijak megawal emosi sebab itulah jika Anda perhatikan mereka, air muka mereka tenang saja.

Anda boleh berlatih mengawal emosi melalui meditasi.

Pakar minda separa sedar sepakat mengatakan Anda memerlukan paling kurang 5-7 minit sehari bermeditasi supaya Anda dapat mengawal emosi lantas dapat mengawal perkara-perkara yang selalu bersimpang-siur di fikiran Anda.

Meditasi adalah mendiamkan diri, menenangkan diri, relaks dan mengawal kadar pernafasan untuk beberapa minit. Untuk menenangkan diri, Anda kena kosongkan fikiran, iaitu melupakan hal-hal lain. Kita bermeditasi supaya kita dapat merasai ketenangan. Ni semua kita dapat rasa ketika menyempurnakan sembahyang fardhu.

Kita disarankan khusyuk dalam sembahyang, tenang dan jangan biarkan fikiran melayang. Itu samalah ngan meditasi, yang bestnya kita wajib buat 5 kali sehari. Selain meditasi biasa, Anda boleh jadikan sembahyang sebagai meditasi.

Untuk membuat meditasi Anda meditasi cemerlang, tenangkan diri setenang yang mungkin. Kemudian, selepas selesai sembahyang, berusahalah untuk mengekalkan rasa ketenangan tu sehingga ke waktu sembahyang yang seterusnya.

Ini sebagai latihan permulaan saja. Ada lagi panduan-panduan lain di artikel motivasi akan datang

Minda bawah sedar – bagaimana minda bawah sedar memberi respon kepada kemahuan And

Saya percaya untuk kita nak bahagia, nak berjaya, nak ceria, kita perlu faham cemana minda bawah sedar kita bekerja supaya tak le kita yang dikawal oleh minda, sebaliknya kita yang mengawal minda bawah sedar kita.

Tujuannya? Supaya kita boleh membentuk situasi-situasi yang datang dan pergi dalam hidup kita terutama situasi-situasi di masa akan datang.

Ramai orang dah habis membaca buku The Secret tapi ramai juga yang jadi keliru mengenai konsep yang diketengahkan oleh buku The Secret simply sebab masih keliru bagaimana minda bawah sedar memberi respon kepada kemahuan-kemahuan kita.

Minda bawah sedar memberi respon pada kemahuan kita melalui gambaran mental yang kita selalu mainkan berulang-ulang di fikiran.

Lebih banyak kita mainkan gambaran mental tu, lebih kuatlah minda bawah sedar memahami itulah dia apa yang kita mahukan.

Contohnya, lebih banyak kita tengok iklan yang dimainkan di tv, lebih banyak kita ingat iklan tu time fikiran kita melayang-layang. Kita kenail iklan tu iklan apa.

Gitu jugalah minda bawah sedar kita – ia respon pada gambaran mental dan emosi kita ketika itu, dirakam lalu disimpan.

Bila Anda nakkan sesuatu, munculkan keinginan yang amat kuat untuk memilikinya. Gambarkan seolah-olah apa yang Anda nakkan tu dah ada sekarang.

Anda gunakannya, Anda rasainya di tangan Anda, Anda gembira apa yang Anda nakkan dah ada.

Jangan gambarkan apa yang Anda mahu.

Sebaliknya, gambarkan yang Anda sedang menggunakan apa yang Anda mahu.

Gambarkan Anda sedang menikmati apa yang Anda mahu. Bukan memiliki, tapi menggunakan dan mengalaminya sendiri. Feelnya mesti kuat. Untuk membuat feelnya kuat, emosi Anda mesti kuat.

Contohnya, jika Anda mahu membeli sebuah kereta berjenama Infiniti, gambarkan yang Anda sedang menggunakan kereta tu dengan girang, bangga dan gembira.

Gambarkan sejelas mungkin yang Anda sedang memandunya, Anda lihat dengan jelas tangan Anda memegang sterengnya, telinga anda menangkap bunyi enjinnya, kulit Anda terasa sejuk dek kedinginan ‘ekon’ nya, hidung Anda menangkap bau sarung kulit yang dipasang dibangkunya.

Gambarkan sejelas mungkin, sekerap mungkin setiap hari supaya minda bawah sedar boleh membuat Anda berjumpa dengan kemahuan Anda tu secara kebetulan.

Jika Anda nak bahagia dan nak berjaya, gambarkan sekerap mungkin Anda SUDAH bahagia dan berjaya kemudian wujudkan kegembiraan, seperti kejayaan yang Anda nakkan tu sudah berlaku sekarang.

Gambarkan sekerap mungkin. Wujudkan ia di fikiran lalu fikirkan sepanjang masa.

Inilah cara untuk kita memberitahu minda bawah sedar apa dia kemahuan kita. Minda bawah sedar respon pada apa saja kemahuan kita, besar atau kecil, yang possible atau yang impossible.

Jika kemahuan kita besar, minda bawah sedar mengambil masa untuk merealisasikannya. Jika kemahuan kita kecil, minda bawah sedar mengambil hanya sedikit masa untuk merealisasikannya.

Kemahuan Anda mempengaruhi cara tindakan minda bawah sedar Anda.

Kemudilah emosi Anda, jadikannya positif sentiasa supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi positif sentiasa.


Bagaimana minda separa sedar menarik apa yang Kita selalu fikirkan

Sains minda mengatakan, apabila kita memfokus fikiran pada sesuatu, gelombang elektromagnetik yang terpancar dari minda kita akan menarik apa saja yang berkaitan dengan perkara-perkara yang kita fikirkan tu. Tujuannya supaya fikiran-fikiran liar kita itu berubah menjadi realiti di dunia sebenar.

Minda separa sedar akan menarik orang perseorangan, situasi, perkara dan benda-benda berkaitan dengan apa yang kita fikirkan.

Dalam aspek lain, minda akan menemukan Anda dengan orang-orang tertentu, situasi-situasi tertentu dan perkara-perkara tertentu supaya Anda boleh dapat memiliki apa yang Anda hajatkan. Minda diset untuk menunaikan apa saja kemahuan Anda, bergantung pada cemana realistisknya perkara yang Anda mahukan tu.

Minda kita ini adalah tanda kekuasaan agung Allah Yang Maha Esa.

Minda kita adalah aset utama kita sebagai pakej pelengkap kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Hanya kerana kita ada minda, kita diangkat menjadi makhluk superior seperti yang di ceritakan dalam Al-Quran.

Apabila Anda kerap memikirkan kereta Satria Neo sebagai kereta fevret Anda, Anda akan perasan yang mata Anda cepat menangkap kereta Satria Neo kerap lalu-lalang, melintas bersimpang-siur di depan mata Anda. Mungkin ketika Anda sedang berada di dalam bas atau ketika sedang berada dalam kereta kawan, tiba-tiba ada sebuah kereta Satria Neo bergerak hampir dengan kenderaan yang Anda naiki.

Apabila Anda suka melihat wanita-wanita cantik dan Anda memang syok setiap kali terlihat wanita cantik, Anda akan perasan ramai wanita-wanita cantik lalu berhampiran dengan Anda ke mana saja Anda pergi. Jika Anda seorang gadis dan Anda syok melihat lelaki tampan yang segak, berkerjaya dan ganteng wajahnya, sudah pasti mata Anda akan terlihat ramai lelaki-lelaki sebegitu ke mana saja Anda pergi seolah-olah mata Anda sudah diprogram untuk mengesan mereka jika mereka ada berhampiran Anda. Mata Anda akan cepat menangkap kelibat lelaki-lelaki tampan di mana saja Anda berada. Megik kan?

Situasi-situasi tadi adalah contoh yang diambil dari dunia sebenar. Ia bukan megik, tapi itu kerja minda.

Anda yang selalu fikir semua tu maka ia didatangkan pada Anda, dimunculkan dalam hidup Anda, ditarik supaya dapat ditemukan dengan Anda.

Cubalah Anda fikirkan sesuatu yang Anda sukai. Anda akan perasan yang Anda kerap terjumpa, terserempak atau terserempak dengan perkara-perkara dan benda-benda berkaitan dengan apa yang Anda sukai tu.

Bahaya apabila kita selalu memikirkan masalah kerana kita akan menarik lebih banyak masalah.

Wallahuallam

Wednesday, December 8, 2010

Tips Motivasi Maal Hijrah


3 Tips Bagaimana Memotivasi Diri Pada Hari Maal Hijrah:

Tip 1: Lakukan Muhasabah Diri Pada Awal Pagi

Ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang Anda pernah capai 12 bulan lalu sepanjang tahun Hijriah. Tekadlah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada 12 bulan akan datang dalam tahun baru Hijriah ini. Elak mengingat kegagalan-kegagalan yang Anda pernah lalui sebab akan menurunkan motivasi Anda.

Tip 2: Kaji sikap riak,takbur,ego dan sombong tersembunyi.

Anda tak akan terlepas dari sikap riak, takbur, ego dan sombong terutama apabila Anda sudah mengecapi sesuatu tahap yang lebih baik daripada orang lain di sekeliling Anda. Pada awal Muharram ni, eloklah kiranya Anda gunakan hari itu sebagai hari untuk menggali ego-ego tersembunyi atau sikap riak tersembunyi, terutama apabila di puji. Sikap riak adalah umpan sikap negatif untuk menguasai diri Anda. Ego,riak, temberang, takbur,sombong dan bongkak adalah berpunca dari sikap-sikap negatif.

Tip 3: Pasang tekad jadi insan yang lebih berguna.

Insan yang baik adalah insan yang mendatangkan manfaat pada orang lain, simply sebab dia gembira melihat orang lain jadi bahagia dan merasa bahagia. Ubah mentaliti Anda, ubah diri Anda menjadi orang yang berguna. Walau siapapun Anda, pada Muharram ini, gunakan ia sebagai titik pemula (starting point) untuk melatih diri Anda menjadi insan berguna, lebih berguna dari yang sebelumnya.

Selamat Menyambut Hari Maal Hijrah (Awal Muharram) dari saya di Perjalanan Hidupku Slot motivasi