Translate

Friday, December 10, 2010

Motivasi 19:Fikir Dan Buat

Anda ada banyak idea, saya percaya idea di kepala Anda selalu ada. Tapi, lihatlah tahap pencapaian Anda sekarang, adakah Anda semakin maju, masih di tahap lama atau masih tak maju-maju langsung?

Sekarang ini, tibalah masa untuk Anda majukan diri sendiri.

Jika Anda ada idea, tuliskan segera idea tu dan jangan biasakan diri hanya memain-mainkannya di fikiran. Bagi orang-orang berjaya, idea adalah aset paling berharga kerana idea membuat mereka mencapai lebih banyak kejayaan.

Saya perkenalkan Anda dengan mindset ‘fikir dan buat’, ringkasnya saya panggil sebagai mindset ‘F and B‘ (F&B)..er, bukan Food And Beverage ataupun Face and Book, Facebook!.

Fikir dan buat maksdunya, Anda terfikir satu idea (matlamat) yang Anda mahu capai, tuliskan idea tu (supaya Anda tak lupa), fikirkan strategi kemudian terus buat!

Motivasi Anda akan membara apabila Anda bergerak, yakni melaksanakan apa yang dirancang. Sentiasa fikir dan buat, fikir dan buat. Anda akan perasan yang motivasi Anda tetap membara.

Motivasi Anda tak akan membara bila mana Anda terfikir satu idea, Anda tulis kemudian tak buat apa-apa. Idea tu cuma sekadar idea (matlamat) tidak menyumbang apa-apa pada tahap kemajuan diri Anda.

Walaupun Anda berisiko menemui kegagalan, usaha lagi, yang penting Anda teruskan bergerak supaya motivasi dalam diri Anda terus menerus membara.

Cuba tengok bara api yang biasa di guna untuk bakar sate.

Bila bara api tu dah tak dikipas atau dah tak ditiup, makin malaplah kehangatannya, merahnya dah tak ada. Semakin di kipas atau semakin di tiup, kehangatannya ada, nyalannya merahnya terus menerus ada.

Saya percaya Anda ada potensi untuk mencapai kejayaan, cuma mungkin Anda kurang tindakan atau mungkin Anda sudah buat tindakan tapi menemui hasil yang salah.

Secara lumrahnya, untuk menembak satu sasaran dengan tepat kita perlu menembak lebih dari sekali. Begitu juga dalam proses berusaha merealisasikan matlamat.

Untuk membuat usaha kita menjadi usaha yang tepat hingga benar-benar membuahkan hasil, usaha perlu dilakukan lebih dari satu kali, berkali-kali, bahkan mungkin berpuluh kali.

Bersungguh-sungguhlah, walaupun payah,lambat,byk halangan.....teruskan usaha tanpa henti.....diakhirnya anda akan temui kejayaan.


wallhuaalam

No comments:

Post a Comment