Kata orang ilmu adalah kuasa (knowledge is power). Bila Anda cuma banyak ilmu, Anda tidak dapat mempergunakan kuasa yang Anda ada untuk memajukan hidup. Anda hanya akan kekal di situ-situ saja.
Mempraktikkan ilmu melalui usaha, itulah akan memajukan hidup Anda. Carilah ilmu, pelajarinya, fahaminya, buat apa yang Anda pelajari kemudian lihat hasil usaha Anda.
Hasil usaha Anda masih belum berapa OK? Tambah lagi ilmu, pelajari lebih banyak, fahami lebih dalam, usaha dengan lebih bijak dari sebelumnya. Kali ni, jangan gunakan strategi lama tapi fikir strategi baru kemudian buat.
Usaha jadi lebih berhasil apabila di dorong oleh ilmu. Jangan hanya sekadar tahu banyak. Gunakan pengetahuan yang Anda ada untuk berusaha dengan lebih banyak!
Doronglah diri sendiri ke arah mencapai cita-cita Anda.
Kata orang, knowledge is power.
Realitinya, action is the power.
Tindakan konsisten adalah lebih berkuasa daripada pengetahuan yang banyak. Tindakan yang dijana oleh pengetahuan, makin bertambah-tambah berkuasa jadinya.
Dalam usaha anda memperbaiki diri sendiri, rajin-rajinkanlah menimba ilmu. Niatkan menimba ilmu untuk tahu lebih banyak kerana Allah, kemudian untuk tahu langkah apa perlu dibuat seterusnya.
Ilmu ibarat penyuluh hidup, tapi tindakanlah yang akan menjadi seperti minyak menjadikan api suluhan itu menyala sepanjang masa. Ilmu hanya pemula, tindakanlah penyudahnya.
Ilmu yang Anda ada, aplikasikan ia untuk memperbaiki diri Anda. Anda sentiasa perlukan ilmu untuk maju.
Ilmu ada di mana-mana, tak semestinya terhad di universiti saja, di kolej atau di sekolah. Kenal pasti bidang apa yag Anda mahu maju kemudian galilah sebanyak mungkin ilmu berkaitan bidang itu.
Anda tak akan maju-maju jika hanya Anda berilmu tapi tidak menggunakan ilmu untuk menjana tindakan Anda. Anda perlukan ilmu supaya Anda boleh merancang strategi lebih bagus.
Pencapian Anda tidak akan jadi semkain bagus apabila Anda banyak bertindak tapi tidak dijana oleh ilmu, kesannya Anda rajin tapi hasil kerajinan Anda tidak seberapa.
Untuk mengelak masalah ini dari berlaku, dahulukan mencari ilmu sebelum membuat tindakan.
Jangan bertindak tanpa di dahului ilmu, kelak hasilnya tidak seberapa, mungkin juga tidak ada hasil langsung.
Wallahuallam
No comments:
Post a Comment