Dalam sebuah artikel motivasi yang saya baca, katanya untuk berjaya kita kena ada prinsip 3S – Sasaran, Strategi, Sikap.
Nak berjaya, orang lain tak boleh paksa-paksa. Keinginan mahu berjaya tu kena timbul dengan sendirinya dari dalam diri Anda.
Cetusan untuk berjaya biasa datang dari orang-orang sekeliling,Pemandangan sekeliling dengan kata lain,persekitaran kita..
Kekadang orang perlekeh kita, orang pandang rendah pada kita, kekadang orang memijak-mijak potensi diri kita.Contoh:(Tak yah buat la,tak berjaya punyer,Member aku dah buat,tak berjaya2 pun,Tak yah la, buang masa je.)itu adalah antara ayat2 pelemah semangat dari kawan2 sekeliling kita.
Dek tak tahan asyik di ‘buli’ dan direndah-rendahkan, kita tekad nak berjaya sebab kita mahu buktikan yang kita boleh mencapai sesuatu, memiliki sesuatu mengalahkan mereka.
Kejayaan sekarang diukur dari aspek material dan kewangan.
Dalam masyarakat kita, kejayaan seseorang di ukur dari dua aspek tadi – harta dan duit.
Anda masih dianggap kurang berjaya bila harta Anda cuma sedikit. Orang akan pandang Anda sebelah mata apabila duit Anda masih sedikit.
Saya menyeru Anda supaya mencabar diri sendiri untuk berjaya.
Memiliki material dan sumber kewangan besar yang mantap tak salah, janji niat kita mempamerkannya adalah untuk dijadikan sumber inspirasi pada orang-orang lain di sekeliling kita.
Jangan nak menunjuk-nunjuk dah le.
Hati kita sendiri pun kena dikontrol. Sebab bila dah berharta dan berduit, kita terdorong untuk bersikap riak.
Orang lain hatta mak bapak kita sendiri tak boleh paksa kita nak berjaya. Makin diorang paksa, makin keras kepala kita.
Kita akan makin tak nak. Contohnya? Berjaya dalam pelajaran.
Mak suruh belajar, bapak suruh belajar. Makin di suruh belajar, makin kita tak nak. Pelajar yang cemerlang mahu cemerlang sebab kemahuan tu timbul dari keinginan diorang sendiri. Tak dipaksa.
Cepat atau tidak keinginan kita nak berjaya tu muncul bergantung pada diri kita, khususnya matlamat kita. Apabila kita tahu apa yang kita nak capai, secara otomatik keinginan untuk berjaya tu akan timbul serta merta, membara dan makin membara dari sehari ke sehari.
Makin kita ingat apa yang kita nak capai, makin bersemangatlah kita jadinya.
Mulai hari ini, seperti yang saya katakan tadi, saya menyeru Anda, mengajak Anda mencabar diri untuk berjaya.
Saya cabar Anda, Anda cabar saya balik.
Masing-masing kita saling cabar mencabar. Bukan mencabar apa, mencabar diri untuk berjaya.
Sebagai seorang blogger, saya mencabar diri saya untuk menghasilkan banyak artikel berkualiti, bukan sembarang punya artikel, saya pentingkan kualiti.
Kat dalam blog ni, saya tak ada Editor.
Jadi, saya baca artikel tu banyak kali, padam banyak kali, ubah banyak kali sampai betul-betul puas hati. Sebelum 1 artikel keluar.
Sebagai seorang pekerja, saya cabar diri saya buat kerja sehabis baik, sebaik mungkin, sebagus mungkin, sehebat mungkin, serajin mungkin, sekualiti yang mungkin. Saya tak kisah pasal politik pejabat.
Yang penting, kerja saya siap on-time, kualitinya bagus dan memenuhi kriteria ketua saya. Ketika bekerja, saya lebih pentingkan professionalisma.
Agama Islam mengajar kita jadi berdisiplin.
Buktinya, orang yang menyempurkan sembahyang di awal waktu, ganjaran pahalanya lebih baik dari orang yang bersembahyang di akhir-akhir waktu.
Islam memberi amaran pada umatnya yang melambat-lambatkan sembahyang, yang melengah-lengahkan waktu sembahyang, bahkan memberi amaran yang amat keras pada orang yang suka bersembahyang di akhir waktu.
Ingat 3 S tadi - Sasaran, Strategi, Sikap.
Paling akhir tu yang kita kena jaga.
Sikap kita.
Kena positif, kena bagus, kena berdisiplin supaya kita boleh berjaya dalam apa jua perkara yang kita usahakan.
Biar kita cuma orang biasa, janji pencapaian kita luar biasa.
Tq atas perkongsian
ReplyDelete