Translate

Tuesday, November 15, 2011

Kaedah Fiqhiyyah

KAEDAH Fiqh (قاعدة الفقه) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha (الأمور بمقاصدها) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab (عمر الخطاب): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Niat menjadi asas utama penerimaan sesuatu amalan itu sama ada diterima atau ditolak oleh Allah. Sekiranya sesuatu amalan itu dilakukan secara betul dari segi kaifiat namun salah dari segi niatnya, maka ia tidak diterima oleh Allah.

Sekiranya sesuatu amalan itu betul dari segi niatnya, tetapi salah dari segi kaifiatnya, ia juga menjadi sia-sia di sisi Allah.

Justeru, kita perlu memastikan amalan yang kita lakukan menjadi amalan yang terbaik dan diterima oleh Allah (ahsanu ‘amala - أحسن عملا) dengan cara menjaga dua aspek iaitu memastikan niat ikhlas kerana Allah (akhlasuhu) dan memastikan amalan yang dilakukan benar mengikut Nabi (aswabuhu).

Ibnu Taimiyyah (ابن تيمية) berkata: “Sesungguhnya niat dan keyakinan sentiasa diperhitungkan dalam setiap perbuatan dan tradisi. Sebagaimana kedua-duanya sentiasa diperhitungkan dalam setiap amal ibadah.

“Niatlah yang menjadikan suatu perkara halal atau haram, sah atau rosak/ batal, atau sah dari satu sisi dan batal dari sisi lain. Sebagaimana niat dalam amalan ibadah menjadikannya wajib, atau sunah atau haram atau sah atau rosak/batal.” (rujuk Al-Fatawa Al-Kubra 6/54)

Niat juga membezakan antara halal dan haram serta dosa dan pahala.

Seseorang yang mengambil harta yang dijumpai (luqatah) mendapat dosa sekiranya dia mempunyai niat untuk memilikinya. Sebaliknya, jika dia mengambil barang tersebut dengan niat untuk mencari dan menyerahkan kembali kepada pemiliknya, maka dia mendapat pahala. Niat juga akan menentukan jenis-jenis amalan yang dilakukan dan hukum yang tertakluk padanya.

Sebagai contoh, perbezaan utama antara solat Dhuha dan solat Subuh ialah niat kerana kedua-duanya dilihat sama dari sudut bilangan rakaatnya dan segala rukun fi’li dan qauli yang lain.

Bahkan, sesiapa yang mempunyai niat untuk melakukan kebaikan dan kebajikan tetapi gagal melakukannya kerana terdapat kesulitan (masyaqqah - مشقة), dia akan tetap diberikan pahala oleh Allah.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Zar al-Ghifari (أبو ذر الغفاري): “Sesiapa yang masuk tidur sedangkan dia berniat untuk bangun solat sunat pada tengah malam, namun disebabkan terlalu mengantuk atau tidak terjaga, dan dia terjaga apabila sudah masuk waktu subuh, maka dia akan mendapat pahala dan ditulis apa yang diniatkan itu.” (riwayat al-Nasaie).

Wednesday, November 2, 2011

HUKUM SIJIL SIMPANAN PREMIUM

Ulasan Hukum Sijil Simpanan Premium

Beberapa perkara perlu dilihat untuk menentukan status hukum bagi Sijil Simpanan Premium,iaitu:

  • Wang terkumpul hasil simpanan orang ramai, ke mana dilaburkan? Dan siapa yang memantau?
  • Apakah kontrak yang digunakan antara penyimpan dan pihak BSN ? Adakah wadiah, mudarabah atau Qard?
  • Hadiah yang ditawarkan melalui cabutan adakah ia judi ?
  • Adakah produk Sijil Simpanan Premium ini diletakkan di bawah BSN Islamic Bank dan telah mendapat pengesahan Majlis Shariahnya?

Tanpa maklumat yang mencukupi, kesemua empat perkara tersbeut di atas tidak akan dapat disemak dengan adil lagi tepat. Hasilnya saya gagal memberikan sebarang pandangan berkenaan statusnya.

PERKEMBANGAN

Namun demikian, pada awal tahun 2008, saya bertemu dengan seorang bekas Pegawai BSN Islamic Banking di Pesta Buku Antarabangsa, ketika itulah saya mula mendapat lebih banyak maklumat dari bekas orang dalam BSN sendiri. Beberapa persoalan yang kabur sebelum ini telah terjawab. Tatkala itu status hukum untuk SSP yang mampu saya rumuskan adalah, ia adalah tidak patuh Shariah atau dalam kata lainnya, ia haram kerana wang yang terkumpul dilaburkan secara halal dan haram tanpa sebarang pemantauan. Saya juga dimaklumkan tiada sebarang kontrak jelas antara penyimpan dan BSN, serta produk ini tidak disahkan oleh Majlis Syariah BSN Islamic.

Namun demikian, saya masih sukar untuk menulis apa-apa secara terbuka kerana kebanyakan maklumat adalah secara verbal tanpa bertulis.

Sehinggalah Julai 2009 ini, satu Seminar Kewangan Islam akan dianjurkan oleh USIM. Saya turt menyumbang satu kertas kerja untuk pembentangannya pada 16 Julai 2009, namun kemungkinan besar saya tidak dapat hadir. Cuma sewaktu meneliti tajuk-tajuk pelbagai kertas kerja para pembentang saya terlihat satu tajuk yang berkaitan iaitu :-

"The Issue of Gambling in Premium Savings Certificate (Sijil Simpanan Premium) of Bank Simpanan Nasional in Malaysia: An analysis from the Shari'ah perspective"

Saya dengan segera menghantar email kepada penulisa dan pembenatnag yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penshaiat Syariah BSN Islamic.

Dan berikut adalah petikan email beliau kepada saya memberitahu hasil kajiannya :-

Sebenar ada berberapa isu Syariah berkaitan SSP antaranya:

  • 1- Persoalan sama ada SSP ada unsur perjudian, tetapi berdasarkan operasi SSP, tiada judi.
  • 2- Qard, kerana dari segi perundangan, akaun SSP adalah satu qard daripada BSN, so BSN tak boleh janji sebarang hadiah kerana "Kullu qardin jara naffan fahua riba".
  • 3- Investment, diurus secara konvensional, bercampur-aduk riba dan non-riba. Lagi pun BSN sendiri dari segi pentadbiran dan akaun memang menganggap SSP sebagai produk konvensional.

Solutionnya ialah mengikut apa yang dilaksanakan oleh Bank Islam, kerana kebetulan yang design "SSP-i" asalnya staff BSN, kemudian berpindah ke Bank Islam.

Bagi sesiapa yang inginkan perbincangan dan perdebatan lanjut berkenaan hal ini, hadirlah ke pembentangan kertas kerja tersebut di persidangan ini .

KESIMPULAN

Jika demikian, hasil kajian beliau adalah sama dengan hasil kajian awal saya cuma tidak mampu saya coretkan secara bertulis kerana ketiadaan autoriti dan bukti bertulis.

Saya bersetuju bahawa hadiah kereta dan sebagainya yang diberi melalui cabutan nombor sijil yang dipegang oleh penyimpan adalah bukan judi. Ia jelas kerana pihak penyimpan tidak mengalami sebarang kerugian walau tidak terpilih. Justeru ia bukan judi yang sifatnya mendedahkan peserta kepada rugi jika tidak terpilih, untung jika menang. Hal itu tiada dalam sistem cabutan SSP.

Saya juga bersetuju bahawa kontrak di antara BSN dan penyimpan adalah qard atau pinjaman, Justeru, sebarang hadiah atau dividen yang dijanjikan oleh BSN (jika ada) adalah riba berdasarkan hadis dan ijma ulama.

Saya juga bersetuju bahwa apabila wang terkumpul disalurkan kepada pelaburan bercampur halala hdan haram, ia sama sekali TIDAK PATUH Shariah YANG TIDAK BOLEH disertai oleh mana-mana orang Islam.

Justeru itu, apakah hukum Sijil Simpanan Premium BSN ?

Saya difahamkan pihak BSN Islamic sedang bertungkus lumus memperbaiki system sedia ada SSP kepada cara dan keadah Islam. Sementara belum wujudnya produk SSP Islam, menyertai SSP yang sedia ada adalah sama seperti menyimpan di dalam sebuah akaun riba di mana-mana bank konvensional. Hukumnya juga adalah sama, iaitu haram, menyertainya juga haram.

Majlis Syariah BSN Islamic juga tidak memberikan sebarang pengesahan patuh Shariah kepada produk SSP ini. Saya juga difahamkan bahawa pihak JAKIM juga telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan mereka sedang melakukan tindakan yang sewajarnya untuk menanganinya.

Thursday, September 29, 2011

KEPENTINGAN TUMBUHAN HERBA BAGI MASYARAKAT MELAYU

KEPENTINGAN TUMBUHAN HERBA BAGI MASYARAKAT MELAYU


PENDAHULUAN

Semenjak dari dulu lagi tumbuh – tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Beberapa ribu tahun dahulu, tumbuhan telah digunakan dengan meluasnya sebagai makanan dan juga ubatan.

Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan Kuil Aesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang – orang Mesir.

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan tumbuh – tumbuhan semulajadi untuk membuat ubat tradisional. Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di seluruh Malaysia.

Ubat tradisional sememangnya kaya dengan nutrien, serta kebolehannya untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ianya telah digunakan semenjak dari dahulu lagi sehinggalah sekarang. Ianya kekal menjadi rawatan yang popular sehingga sekarang. Ubatan tradisional adalah satu sains atau latihan dalam perubatan dan penjagaan kesihatan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Ianya telah diturunkan secara lisan atau secara bertulis melalui amalan – amalan atau kepercayaan sesuatu komuniti.

BAGAIMANA TUMBUHAN HERBA DIJADIKAN SEBAGAI UBAT

Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.

Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.

Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.

Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.

Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.

Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :

  1. PENYAKIT KEPIALU
  2. Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.

  3. Demam panas
  4. Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.

  5. Muntah
  6. Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.

  7. Sakit Kepala
  8. Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.

  9. Kayap
  10. Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.

  11. Panau

Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.

Rahsia Tumbuhan Herba Bagi Wanita Melayu

Bagi kebanyakkan kaum wanita pula, mereka lebih gemarkan pengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Bahan – bahan asli seperti tumbuh – tumbuhan, daun – daun, akar – akar kayu, buah – buahan dan bunga – bungaan mempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dan kecantikkan tubuh badan.

Jamu ialah ubat tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Mereka telah mengamalkan penggunaan jamu ini untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan tidak ketinggalan juga untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Pemakanan dan penggunaan ubat tradisional yang asli ini masih diamalkan hingga ke hari ini. Walaupun perubatan moden begitu luas digunakan dan dikembangkan dengan begitu canggih sekali. Keberkesanan penggunaan jamu yang jarang memberi kesan sampingan telah terbukti melalui pengalaman para pengamalnya yang setia.

BAGAIMANA IA DIHASILKAN

Kebanyakan bahan – bahan boleh didapati dari kedai – kedai runcit yang mendapatkan bekalan daripada pembekal – pembekal yang mendapatnya daripada hutan rimba. Tetapi ada juga yang menanamnya dihalaman rumah seperti sirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan lain – lain. Ada juga daun yang boleh dibuat ulam seperti betik, dimana khasiatnya ialah untuk mempercepatkan jahitan difarajwanita yang baru lepas bersalin, kering dan sembuh dengan sempurna. Daun betik ini direbus dan diminum airnya selama dua hingga tiga hari.

Bahan – bahan lain yang boleh didapati di dapur kita ialah asam, halia untuk memanaskan badan. Kunyit digunakan untuk menyembuhkan gatal – gatal dan luka – luka. Kencur atau cekur, pati beras, adas untuk menghilangkan sakit perut , memperbaiki perjalan haid yang teratur dan masalah susah tidur. Bawang merah untuk mengubati batuk dan masuk angin. Bunga cengkih boleh mengubati masuk angin dan juga perut memulas. Lempoyang untuk mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.

Sementara bahan yang boleh didapati dari halaman rumah ialah bayam duri untuk mengubati selsema, bisul, sesak nafas dan demam nifas. Buah belimbing untuk mengubati kencing manis, batuk,tekanan darah tinggi dan sakit kepala. Daun sirih, daun lidah buaya, daun orang aring, kemangi, serai dan daun beluntas boleh mengubati demam panas, darah kotor,nafas berbau. Limau nipis untuk mengatasi masalah kegemukkan.

Lazimnya jamu ini tidak mempunyai resipi yang tepat iaitu jumlah atau ukuran bahan - bahan untuk sesuatu ramuan tidak mengikut sistem metrik, melainkan mengikut cara ukur yang mudah seperti ukuran genggam, menggunakan jari – jari dan jemputan tangan. Dosnya juga bermacam – macam, misalnya satu gelas, setengah botol, satu cawan dan sebagainya. Dibawah ini disenaraikan beberapa contah jamu yang biasa diamalkan oleh wanita untuk kecantikkan serta penjagaan kesihatan. Dimana jamu – jamu ini boleh dibuat sendiri di rumah tanpa memerlukan modal yang besar.

    1. Jamu Lempoyang
    2. Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.

    3. Jamu Tomato
    4. Khasiatnya ialah untuk mencantikkan kulit. Sebiji tomato merah yang besar diblenderkan dan dicampurkan dengan sedikit gula. Minum airnya setiap hari.

    5. Jamu Beras Hancur

Khasiatnya ialah untuk menyegarkan wajah, melancarkar peredaran darah dan mengurangkan kepenatan. Ambil 1kg cekur, 1 genggam beras, 5 potong kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asam jawa. Goreng beras tanpa minyak sehinga nampak kekuningan dan tumbuk halus. Tambah cekur, bunga cengkih, kayu manis dan tumbik lagi. Rebus gula merah dan asam dengan setengah periuk sedang air kemudian sejukkan. Apabila sejuk tambahkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis . Minum 1 cawan sehari.

KESIMPULAN

Dengan ini jelaslah bahawa tumbuh – tumbuhan herba sememangnya penting dalam perubatan Melayu. Dimana ianya telah terbukti dalam menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Disamping itu juga ianya amat penting dalam penjagaan kesihatan serta kecantikkan. Apa yang penting adalah kesedaran kita semua untuk menyedari serta menghargai sumber alam semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya.

RUJUKAN

  • A. Latif, Dept of Botany UNI,1991.Status of Herbaria in Malaysia.
  • A. Samad Said, 1935 (ED), Warisan Perubatan Melayu, DBP, KL,1992.
  • Lia Omar, Jamu : Rahsia Kejelitaan Bagi Setiap Wanita, Times Books International, Singapore,1994.
  • Monday, July 18, 2011

    HERBA:LENGKUAS

    Alpinia Galanga Stuntz - Lengkuas



    Nama Tempatan: Lengkuas

    Nama Saintifik: Alpinia Galanga Stuntz

    Nama Lain: Greater Galangal, laos,laja

    Famili: Zingiberaceae

    Lokasi dijumpai:

    Tanaman Rempah

    Asal:

    Keterangan:
    Lengkuas merupakan tanaman rempah yang biasa ditemui ditanam di sekitar rumah. Ia merupakan tumbuhan yang berizom dan berumpun.Ia boleh mencaai ketinggian hingga 2.5 metet.Lengkuas boleh tumbuhan di kawasan dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut.


    Ia membiak melalui rizomnya. Terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar.Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.

    Kegunaan:
    Lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan,membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga.


    Lengkuas juga dapat digunakan untuk merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus 2 lengkuas sebesar ibu jari, 3 temu lawak sebesar ibu jari, dan segenggam daun dukung anak(segar atau kering) dan 3 cawan air hingga mendidih.Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari,pagi dan malam.

    Lengkuas juga mampu mencairkan kahak ia juga boleh digunakan untuk merawat bronkitis.
    Caranya: 2 ketul lengkuas,2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan malam.
    Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat rheumatik

    HERBA:SUNDAL MALAM

    Polianthes Tuberosa - Sundal Malam

    Nama : Sundal Malam

    Nama Saintifik: Polianthes Tuberosa

    Nama Lain: Tuberose

    Famili: Amaryllidaceae/Agavaceae

    Lokasi Dijumpai:

    Asal:

    Keterangan:
    Bunga Sundal Malam atau dikenali juga dengan nama Tuberose berasal dari Amerika Tengah. Nama saintifiknya ialah Polianthes Tuberosa, tergolong dalam famili Amaryllidaceae/Agavaceae .

    Sudal Malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifatnya berbeza.

    Sama seperti bunga melur walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu.

    Sesetengah ahli botani mengklaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim (annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).

    Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun. Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

    Kegunaan:
    Sundal Malam digunakan di India sebagai bunga untuk menumbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru. Di india juga gadis2 yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka.

    Di India juga bunga ini dikenali dengan nama Ratkirani yang bermaksud mistress of the night. Ia dikatakan dapat menambah dan meransangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya).

    Minyak pati dari bunga ini sangat mahal. Ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emosi. Ia mendatangkan ketenangan hati dan perasaan. Bunga ini banyak ditanam secara kormisial di Mexico , Hawaii , U.S.A


    Monday, July 4, 2011

    Sihir Pemisah

    CARA -CARA MENGESAN DAN MERAWAT SIHIR PEMISAH
    Simptom Atau gejalanya

    1-Sering melihat wajah suami/isteri dalam keadaan yang buruk.

    2-Sering bermimpi melihat binatang atau berada ditempat tinggi.

    3-Sakit pinggang,dada dan kepala pada waktu asar keatas.

    4-Lemah tenaga batin dan tidak bernafsu.

    5-Sering bertengkar pada waktu petang keatas kerana hal yang kecil/remeh-temeh.

    6-Sakit dibahagian ari-ari.

    7-Sikap berubah dengan mendadak.

    8-Panas baran.

    Jika anda suami isteri yang bermasalah dalam r/tangga dan mempunyai kebanyakan simptom-simtpom diatas,maka sahlah anda terkena sihir pemisah rumahtangga dimana tujuan utama sihir ini adalah supaya anda bercerai-berai..

    Kaedah rawatannya ialah:
    1.sediakan 4 botol besar air mineral dan buka penutupnya.
    2.Orang yang sihat/waris terdekat pada mangsa sila bacakan al fatihah 1x,al baqarah 102 3x,al a`raf 117-122 3x,yunus 81-82 3x,thoha 69 3x dan 3 qul 1x.
    3.Tiup 10 saat pada air tersebut,pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu asar dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.InsyaAllah sembuh..

    Perjalanan Hidupku: Motivasi Kerja 7:Cabar Diri Untuk Berjaya Dalam Kerjaya

    Perjalanan Hidupku: Motivasi Kerja 7:Cabar Diri Untuk Berjaya Dalam Kerjaya