Translate

Thursday, December 9, 2010

Keburukan sikap membaca berita di awal pagi pada kuasa minda separa sedar

Elak membaca berita di awal pagi kerana berita-berita yang kita baca boleh membangkitkan berbagai emosi negatif seperti kemarahan, geram, meyampah atau tidak puas hati. Semua emosi-emosi negatif ni mempengaruhi diri kita lalu diserap masuk oleh minda separa sedar kita.

Kesannya, kita akan terdorong untuk beremosi negatif dari pagi sampai ke malam. Kita tak perasan semua ni sebab kita rasa perubahan tu sesuatu yang normal.

Bila sudah beremosi negatif, kita akan terdorong untuk berkata hal-hal yang negatif diringi ayat-ayat negatif seperti memaki-maki. Kita akan cepat naik marah tak semena-mena.

Marah tu adalah sikap negatif didorong oleh emosi negatif, dipengaruhi oleh gelombang minda negatif yang dijana oleh pemikiran negatif.

Kebiasaan membaca surat khabar di awal pagi dan mengikuti perkembangan berita di awal pagi membentuk minda separa sedar Anda menjadi negatif. Anda akan jadi kurang bermotivasi bahkan cepat tertekan di dalam situasi-situasi tertentu.

Minda separa sedar akan mengeluarkan aliran tenaga negatif lantas menarik situasi-situasi negatif masuk ke dalam hidup Anda. Anda akan selalu dirundung malang secara tiba-tiba juga ditimpa masalah berat yang tak diduga.

Semua ni berlaku secara kebetulan. Tak habis satu masalah datang lagi masalah berikutnya satu persatu, saling berkait.

Kesan lain, Anda mungkin kurang mencapai tahap-tahap kemajuan dalam hidup Anda walaupun Anda boleh mengawal emosi Anda menjadi tenang sentiasa.

Cakapan negatif akan membuat situasi-situasi negatif muncul dalam hidup Anda. Bila situasi negatif sudah muncul, ia akan menjadi penghalang besar buat Anda dalam usaha memburu kejayaan.


No comments:

Post a Comment