Translate

Thursday, December 9, 2010

Minda sedar dan minda separa sedar

Minda sedar adalah bahagian minda yang mengawal aktiviti sedar kita, iaitu pergerakan tubuh, perkataan dan perbuataan yang kita boleh kawal sepenuhnya. Kita boleh pilih sama ada nak buat atau tak nak buat.

Minda separa sedar pula adalah bahagian minda yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh diluar kawalan penuh kita. Minda separa sedar mengawal denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, dan pemikiran. Minda separa sedar buat kerja tanpa kawalan kita.

Mungkin anda tak tahu, emosi kita, perasaan, idea-idea dan segala ilham, semua tu datang dari minda separa sedar. Kita tak boleh kawalsebab ia akan muncul begitu saja. Kita hanya boleh minta pastu tunggu untuk dia keluar.

Minda separa sedar berfungsi dengan cukup baik sekali di kala suasana tenang dan di kala kita sedang relaks. Pada ketika itu juga, Anda boleh mempengaruhi minda separa sedar dengan berimaginasi atau mengucapkan kata-kata pada diri (di dalam hati) dengan penuh bersahaja.

Jika anda meneliti orang-orang yang berjaya, kebanyakan daripada mereka tenang-tenang saja, tak menggelabah dan tak cepat panik. Diorang OK, steady dan santai walaupun berada dalam situasi penuh kelam-kabut.

Bila Anda nak berjaya dalam apa yang Anda lakukan sekarang ni, Anda perlu belajar bagaimana untuk memanfaatkan minda separa sedar supaya menarik apa yang Anda mahukan.

Kita akan belajar membuat minda tau apa yang kita mahukan melalui imaginasi. Dengan banyak mengimajinasikan apa yang kita mahu, minda separa sedar kita akan faham itulah apa yang kita mahukan.

Mulai sekarang, hati-hati dengan apa yang selalu Anda fikirkan dan apa yang selalu Anda bayangkan kerana itulah yang akan dijelmakan oleh minda separa sedar Anda ke alam realiti.


No comments:

Post a Comment