Wednesday, November 10, 2010
Assalamualaikum
Setelah mengikuti kelas pengajian ilmu perubatan Islam Di Darussyifa' bangi mengenai Tajuk SANTAU,kami menziarahi rumah Ustaz Mokhtar kasan Di Kajang Utama untuk melihat sendiri Cara Ustaz Mokhtar merawat Santau.kami tiba dirumah ustaz jam 7 pm,Solat maghrib di surau Quaters Guru Depan rumah Ustaz Mokhtar.Jam 7.50 kami mula memasuki rumah ustaz.
Melihat Sendiri cara ustaz Mokhtar merawat Santau adalah satu pengalaman yang sangat berguna untuk kami pelajar2 darussyifa'.
Rumah ustaz Sunyi sepi selepas Kematian Almarhumah isteri ustaz.
Pukul 12.30 pagi barulah kami berkesempatan bersembang dengan Ust. Mokhtar dan bertanyakan perkara-perkara yang kami tidak faham berkaitan dengan santau. Mengikut Ust. Mokhtar santau mesti dikeluarkan sepenuhnya dari badan pesakit dan sebab itulah rawatan biasanya kena berulang-ulang.Kalau baki santau masih ada dalam badan biasanya ia hidup dan membiak kembali dalam masa tiga minggu sahaja.Betapa cepatnya santau itu membiak.Setiap rawatan memerlukan tiga kali tepuk di badannya dengan menggunakan daun nangka dan tidak boleh lebih.Kalau lebih tiga kali biasanya pesakit akan pengsan.Antara pesakit yang tak boleh tepuk ialah pesakit yang muntah darah. Kena tahan darah dahulu dan seminggu kemudian baru boleh tepuk.
Mengikut pengalaman Ust. Mokhtar ada seorang pesakit yang muntah darah datang ke rumah Ust. Mokhtar untuk tepuk santau. Ust menasihatinya supaya jangan ditepuk kerana dikhuatiri darah akan banyak lagi akan keluar. Keluarga pesakit itu degil dan meminta ust jalankan juga rawatan tepuk dan mereka sanggup tanggung risiko. Bila ditepuk sekali sahaja ternyata keluar memancut darah dari mulutnya. Itulah bahayanya santau bila dah terkena badan kita.Amalkan selalu pendinding supaya dijauhkan daripada terkena santau. Nantikan Cerita Lanjut pada Penulisan yang akan datang.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment