Translate

Tuesday, November 2, 2010

Merawat Barah Dengan Rumput Sambau



Oleh :My Sifu
PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa', Bangi.
Penyakit berbahaya ini merupakan satu penyakit yang dianggap sebagai "pembunuh paling kejam" dan menyerang tanpa memilih siapa dan berapa usia mangsanya.
Pada peringkat awal serangannya iaitu dalam bentuk kelenjar dan bengkak yang boleh dikaitkan dengan gejala barah, ia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah air liur basi yang dibasahkan pada bahagian jari telunjuk dan ibu jari ditekan pada bengkak dan kelenjar yang biasanya kedapatan pada bahagian-bahagian tertentu di badan.
Bagi kanak-kanak pula, kaedah rawatan tersebut boleh dibuat untuk menghapuskan bengkak dan kelenjar yang selalu tumbuh di bahagian leher yang dikaitkan dengan nama "ibu sawan .
Setelah diambil air liur basi di bahagian tepi bibir dan langit-langit, maka ibu jari yang ditemukan pada jari telunjuk itu bolehlah ditekankan pada bahagian kelenjar atau bengkak secara perlahan-lahan dan lama-kelamaan dikuatkan iagi tekanan itu.
Bacaan ketika mengamalkan rawatan ini ialah:
1. Al-Fatihah dengan amalannya harus dibuat dengan kaedah pembacaan di mana bermula daripada Bismillah hingga akhir ayat itu dibaca dengan .hanya satu nafas dan berhenti pada tiap-tiap ayat tanpa menarik nafas.
2. Setelah selesai bacaan hendaklah ditiup pada ibu jari yang sudah basah dengan air liur basi tadi dengan disertai bacaan selawat Syifa' atau seku-rang-kurangnya selawat Tahyat.
Selawat juga hendaklah dibaca dengan hanya satu nafas dengan tujuh kali bacaan dan hendaklah berhenti tanpa mengambil nafas pada setiap kali selesai satu bacaan.
Selepas itu ibu jari dan jari telunjuk itu dipicit dan ditekan secara berputar-putar pada bahagian yang didapati ada ketumbuhan kelenjar atau bengkak.
Amalan ini sekiranya dilakukan dengan sabar, insya-Allah akan menyembuhkan sakit.
Sekiranya kaedah itu tidak berkesan atau tidak pulih sepenuhnya sama ada kerana caranya kurang betul atau penyakit terlalu degil maka bolehlah dicuba kaedah kedua.
Penyakit yang degil sukar disembuhkan
Sukalah saya ingatkan bahawa kedegilan penyakit yang menyerang manusia sama seperti apa yang ada dalam kehidupan manusia di mana ada antara kita yang sikapnya agak degil.
Penyakit ada kalanya begitu juga. Setelah menyerang manusia, ia amat sukar untuk disembuhkan.
Kelenjar atau bengkak yang degil elok dirawat dengan menggunakan kaedah kedua.
Dapatkan madu lebah asli dan kapur sirih, di mana kapur diambil dengan kaedah yang sama seperti menggunakan cara air liur basi tadi.
Kenakan kapur pada bahagian ibu jari dan jari telunjuk dan bacalah bacaan seperti yang digunakan dalam kaedah pertama tadi.
Setelah itu kapur disapu pada bahagian yang terkena kelenjar atau bengkak tadi. Kalau bengkak atau kelenjar itu didapati agak besar maka eloklah digunakan kapur yang lebih banyak.
Selepas disapu kapur di bahagian yang hendak dirawat ambillah madu lebah. Cara menggunakan madu lebah sama seperti cara menggunakan kapur tadi iaitu dibaca ayat menurut kaedahnya dan kemudian madu lebah disapu di bahagian terkena kelenjar atau bengkak.
Ini bererti madu lebah disapu pada bahagian yang sudah disapu kapur. Setelah disapu madu lebah eloklah dibiarkan selama enam jam atau lebih. Lakukan sewaktu belum tidur dan bersihkan pada keesokan hari setelah bangun pagi.
Kalau dibuat pada sebelah pagi pula, bersihkan pada sebelah petangnya. Seandainya cara kedua ini masih gagal mem-berikan kesan pada bengkak atau kelenjar tersebut anda jangan mudah berputus asa kerana ada satu Iagi cara yang boleh dipraktikkan sebagai pilihan yang seterusnya.
Cara ketiga ialah dengan menggunakan bahan-bahan berikut:
1. Pokok rumput sambau. Rumput ini tabiatnya tumbuh di tepi jalan secara sejambak dan di pucuknya ada bunga.
Seelok-eloknya dicari rumput sambau yang belum dipijak atau dijamah binatang.
Pokok rumput sambau ini dibersihkan termasuk bahagian akarnya sekali.
2. Kapur sirih daripada kulit kerang (bukannya kapur cap kulit kerang) iaitu kapur yang diproses daripada kulit kerang.
3. Mangkuk serba putih yang juga dipanggil mangkuk Cina (bukan mangkuk kristal) yang tidak bertulis apa-apa perkataan atau dilukis dengan apa-apa lukisan.
4. Air bersih.
Kesemua bahan ini hendaklah didoakan terlebih dahulu dengan memohoh pada Allah agar disembuhkah penyakit barah atau kelenjar dan bengkak yang mungkin menjadi barah.
Baca:
1. Al-Fatihah dalam satu nafas dan berhenti pada setiap ayat.
2. Surah Al-Ikhlas sebanyak empat kali dan habiskan dalam hanya satu nafas.
3. Baca ayat 1, 2 dan 3 daripada surah Al-Qalam. Setelah selesai membacakan ayat-ayat ini tiupkan pada air.
Ramuan hanya untuk tiga hari
Ambil kapur sebanyak tiga sudu air dan masukkan kapur tadi ke dalam mangkuk putih dan campurkan enam sudu air. Kesemua bahan tadi dibancuh supaya larut dan sebati dengan menggunakan rumput sambau sebagai alat pembancuh.
Gunakan rumput sambau yang sudah dibasahi adunan kapur dan air tadi lalu disapu pada bahagian yang terkena serangan yang disyaki barah (kelenjar dan bengkak) tadi. Bagaimanapun pada barah yang sudah pecah jangan sesekali menggunakan bahan ini.
Rawatan ini hendaklah diulangi dan gunakan rumput sambau tadi sebagai bahan penyapu dan sebaik-baiknya dijalankan tiga kali sehari. Sekali ramuan dibuat gunakan hanya untuk tiga hari sahaja kerana selepas waktu itu ramuan kapur dan air tadi akan mengeluarkan bau yang kurang enak untuk dihidu oleh pesakit.
Air yang didoakan tadi pula hendaklah diminum dan disapu pada bahagian yang disyaki barah.
Di samping itu pesakit juga disyorkan supaya bersembahyang hajat pada malam hari dan mengadu pada Allah untuk memohon kesembuhan.
Doa boleh dibaca dalam bahasa Melayu untuk merayu pada Allah dan dengan ikhtiar rohani serta fizikal tadi, insya-Allah penyakit akan dapat disembuhkan.
Di samping itu banyakkan amalan membaca Al-Quran.

1 comment:

  1. Salam , Nak tanya, macam mana nak tahu barah tu da pecah atau belum tu? kalau da pecah rawatan dia macam mana?

    ReplyDelete