Translate

Tuesday, November 2, 2010

Penggunaan Serai Wangi


Serai Wangi

Apa itu Serai Wangi?

Serai Wangi merupakan tumbuhan pelbagai guna yang ada di Malaysia.

Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi menghasilkan minyak pati. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Serai Wangi mempunyai pelbagai kelebihan berbanding penghalau atau racun serangga yang biasanya digunakan untuk membunuh nyamuk, lipas, semut dan serangga lain di dalam rumah.

Biasanya semua jenis serangga halus, makhluk halus memang menjauhi bau serai wangi semulajadi ini. Serai atau serai wangi yang segar memang lazimnya digunakan dalam masakan. Extrak atau minyak patinya bukan lagi untuk dimakan atau diminum. Ia lazimnya digunakan dalam industri pewangi, kosmetik, perubatan, pesticide dan industri binaan.Serai Wangi memang tidak membahayakan pada makanan.



No comments:

Post a Comment