Translate

Tuesday, November 2, 2010

Kenali rumput Sambau


Rumput Sambau merupakan sejenis rumput tahunan yang berasal daripada famili Gramineae. Rekod awal menunjukkan spesies ini mungkin berasal dari negara seperti China, India, Jepun, Malaysia, dan Tahiti. Nama tempatan spesies ini berbeza-beza mengikut negara. Di Malaysia, spesies ini dikenali sebagai rumput sambau, di Jepun ohishiba, goosegrass di Amerika Syarikat, crowfoot grass diAustralia, dan kodai di India . Nama saintifiknya Eleusine indica.
Rumput ini tumbuh di kawasan pertanian di bahagian selatan Asia dan Pulau-pulau Pasifik, bahagian timur dan selatan Afrika dan bahagian utara Amerika Latin . Rumput ini biasanya hidup biak secara meluas di negara-negara tropika. Namun, oleh kerana sifat rumput ini mempunyai sifat toleransi yang luas terhadap perubahan keadaan persekitaran, maka spesies ini juga ditemui di kawasansubtropika dan kawasan beriklim sederhana . Rumput ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan lapang seperti tanah yang terbiar, kawasan pertanian, dan kawasan di tepi jalan.

No comments:

Post a Comment