Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai atau sulur Bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
Hantu Bidai boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar.Hantu bidai dikatakan berkeliaran dikawasan berair dan akan akan menggulung dan melemaskan mangsa. Ini kemungkinan bagi menjauhi kanak-kanak daripada pergi berenang tanpa pengawasan orang tua, kerana ditakuti akan lemas sekiranya mengalami kesukaran seperti kekejangan.
Kata sesetengah orang tua-tua,yang menyerupai sesuatu pusar air atau canvas putih terbentang atas air bagi memesongkan manusia. Ada yang kata ular besar (ular bidang) berbentuk leper.Ada masanya orang jumpa version warna merah.
Makan dengan cara mengulung dan memerah. Semasa menggulungkan diri, akan menghasilkan buih. Kemunculam makhluk ini dapat dikesan kerana ia akan timbul bersama dedaun yang terbenam di dasar sungai ke tasik ker lombong.Daun-daun tersebut akan timbul ke permukaan air seperti dedaun kering.Daun-daun tersebut bila diambil akan terasa kering seolah-olah telah diperah oleh sesuatu. Kata orang, daun yang terkena buih ini boleh diambil dari air & terus dibakar.Satu perkara yang aneh sehingga daun yang basah di dalam air pun boleh di nyalakan jika di bakar.
Apa saja yg sesuai pasti menjadi mangsanya. Ketika itulah anda disarankan agar melarikan diri & laungkan azan dengan kuat agar tidak dijadikan mangsa makhluk halus tersebut. Tempat-tempat famous yang kaki-kaki pancing, orang asli selalu jumpa Hantu Bidai ini ialah di Tasik Kenyir (ada musim dia), Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini & Sungai Pahang.Mulutnya ada pada setiap penjuru (4 penjuru = 4 mulut)
Mengikut sumber dari pakcik-pakcik Seekers Hantu Balung Bidai juga dikenali sebagai Hantu Bidai atau Hantu Balung. Ada pendapat yang menyatakan rupa bentuknya seperti seekor ular besar yang menjalar di air dan ada pula yang menyatakan ia mempunyai kepala yang bulat, rambut dipenuhi ular yang berbisa
Secara ilmiahnya Hantu Bidai ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak pergi berenang secara bersendirian. Ini disebabkan mandi tanpa pengawasan orang tua amat merbahaya kerana kanak-kanak tersebut mungkin akan berhadapan dengan bahaya lemas atau terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam air. Dengan itu hantu bidai dicipta bagi menakutkan dan menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut.
Wallahuaalam
amboih...ceduk bulat2
ReplyDeletehttp://mindheartbodysoul.blogspot.com/search/label/Sulur%20Bidar%20Hantu%20Balong%20Bidai
ReplyDelete