
Jin Tanah dalam masyarakat Melayu,  merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan  terdiri daripada golongan jin atau syaitan, ia juga dikatakan menjaga  sesuatu kawasan (tanah) tertentu. 
Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.
Jin Tanah dikatakan mengawal pembukaan tanah baru. Dengan itu  pembukaan tanah baru tidak akan dilakukan secara sewenang-wenangnya, dan  secara tidak langsung menghalang penerokaan tanah haram.Ia menjaga tanah baru dari diceroboh.Mempercayai Jin lebih berkuasa dari Allah adalah satu perbuatan syrik dalam  Islam.
Secara Ilmiahnya direka nama Hantu /Jin Tanah ini adalah untuk Mengelakkan pencerobohan tanah secara haram dan Menggalakkan kehidupan secara bermasyarakat.
Waallahuaalam
Secara Ilmiahnya direka nama Hantu /Jin Tanah ini adalah untuk Mengelakkan pencerobohan tanah secara haram dan Menggalakkan kehidupan secara bermasyarakat.
Waallahuaalam
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
No comments:
Post a Comment